followers

Sunday, February 7, 2010

jom gi kuantan

haa.. ini gambar pemandangan telok cempedak yang saya ambil. lawa juga kan... hehehe..

pada hari sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke kuantan utk jalan-jalan. kebetulan, cik abang pulak ada urusan lain kat kuantan. pagi2 lagi dah bertolak dan sempatlah kami bersarapan di restoran zaman. memang ramai pengunjung yg bersarapan di situ. berbarislah nak membeli nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang. agaknya sbb nakkan aroma daun pisang tu ataupun malas nak basuh pinggan.

sampai di kuantan, cik abang terpaksa buat urusan sendiri. nak tak nak, saya terpaksa drive. kalau di temerloh ni, bandar besar yg terdekat utk berjalan2, sama ada kuantan atau kuala lumpur. tapi budget ke kuantan murah sikit. awal2 lagi anak saya dah booking mandi laut. jadi nak tak nak lokasi pertama ialah pantai teluk cempedak. sampai di sana kami pun melalui lalauan pejalan kaki yang dibina di tepi pantai. rupa2nya byk hantu longgok berkepit walaupun cuaca panas terik. kalau nak ikutkan memang tak larat nak jalan kat laluan tu, tapi kalau tak pegi, ntah bilalah boleh lepas.

walaupun panas terik, anak saya nak mandi juga..yalah org muda, bdn kuat lagi. saya menyorok belakang batu sambil baca surat khabar je. dah puas mandi kami pun meneruskan perjalanan menuju ke balok.

saya dah bjanji dengan adik bongsu saya, fadli utk pergi ke rumah beliau di sg ular dan terlanjur ke sana dia ajak kami makan tengahari. saya sbenarnya tak begitu arif dgn jalan di kuantan ni, jadi sampai di mermaid inn , fadli jemput kami utk ke rumahnya. beliau bekerja di institut perindustrian manakala isterinya seorang guru.

selepas solat kamipun bertolak ke bandar kuantan, pusing-pusing jap dan singgah di giant.
lepas tu kami bertolak balik melalui LPT. lepas pondok tol kami bagi anak sulung yang baru dapat lesen memandu ke temerloh. pemandu baru ni kena monitor sepnjg perjalanan. maklumlah masih lesen 'P' lagi. abah dia kata 'P' tu maksudnya "pontengong".. apa lah cenggitu kan..?



tengok lah tu, tegak badan dia memandu. abah dia ambil kesempatan tidur bila ada co pilot baru ni.. dia kata: "ah, dia lah bawak, aku dah melabur.."
PAKAI TALIPINGGANG KELEDAR YA...

kami sampai di temerloh lebih kurang pukul 7pm. alhamdulillah...

5 comments:

  1. bestnya..boleh mandi laut..saya pun lama dah tak pergi teluk chempedak ni..selalu ke kuantan pun ngantor mak ada urusan di hospital..biasalah orang tua...

    ReplyDelete
  2. salam, teluk cempedak ni famous tapi mak cik belum sampai lagi.dulu pergi beserah tidur dihotel situ. cucu suka mandi swimming pool je.mak cik ni fobia sikit mandi laut ni.

    ReplyDelete
  3. en zulkbo: komepun sebab sambil2 ada urusanlah tu.kalau nak berjalan semata-mata dok lah rasanya.

    makcik yam: wslm makcik. mandi swimming pool jauh lebih mudah dan selamat. kat pantai ni nak bilas badan dan tukar baju pun susah.

    ReplyDelete
  4. Sekali-sekali bercuti apa salahnya. Kak ani cadangkan cuba pegi skuba pula. Lagi best. Ke Pulau Tioman. Kak Fuzah kan ada di sana. Oh dah ada lesen ya. Baguslah. Ada faedahnya cuti sekolah lama. Tahniah. Dah bersedia untuk tengok keputusan SPM? Tawakal je lah, yang penting kita dah berusaha. http://mahanisulaiman.blogspot.com. kosong lg dalamnya. sorry

    ReplyDelete
  5. Gone weh keputusan peperiksaan Hafiz? Harap ok lah. Anak abang tu tau ke? saja tanya. Ari bila ayah lie balik kampung?

    ReplyDelete