followers

Showing posts with label dalat. Show all posts
Showing posts with label dalat. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

ziarah dalat 6

6 Disember 2012

setelah selesai makan tengahari kami sekeluarga menunggu speed boat untuk kembali ke Sibu dan seterusnya kembali ke Semenanjung

 Tinggallah dalat dalam kenangan. Entah bila boleh ziarah ke sana lagi
 pada sebelah petang semasa di sibu berjalan di water front

 replika angsa besar di water front sibu.
 semasa berjalan ke pasar sibu terjumpa kacip pinang
 pasar besar sibu
 lesung yang dijual. geram nak beli tapi susah nak bawa naik kapal terbang
di water front sibu
esok kami akan balik semula ke semenanjung. kapal terbang terlepas dan kami terpaksa tunggu sehingga 9.15 malam untukmenaiki air asia.

Saturday, January 5, 2013

ziarah dalat 5






5 Disember 2012
sebelah pagi pergi ke pekan dalat dengan menaiki salui. Pakcik Mahli pinjam salui untuk bawa kami ke dalat. Salui pakcik dah tidak boleh digunakan lagi.




salui pakcik yang rosak

 rumah pakcik dari sungai

 menaiki salui ke dalat

 sayur yang ditanam di belakang rumah

 pakcik Mahli

 jerunei di pekan dalat

 penerangan tentang jerunai

wharf dalat

hari ini cikgu Mariza menjemput kami  untuk makan tengahari di kg tanam dan sebelah malam kami makan malam di rumah nor, menantu pakcik.

Friday, January 4, 2013

ziarah dalat 4

4hb Disember 2012

Pak cik  Mahli berusaha mendapatkan kenderaan untuk kami berjalan ke pekan Oya dan Mukah.
Kami sempat juga menziarah kawan-kawab sekerja semasa di sana dulu.

 permandangan di kampung hilir

kami pergi ke pekan Mukah  dan singgah ke pasar Mukah untuk membeli barang ubtuk dimasak sebagai makanan tengahari. Pasar Mukah terletak berhampiran sungai dan di situ bnyak bot nelayan yang singgah. Kalau nak dapatkan ikan fresh di sinilah tempatnya.

 ulat mulong

 buah dabai yang dijual antara RM8.00 ke RM 10.00 sekilogram

 suasana di pasar Mukah

buah-buahan


buah durian 

Saturday, December 29, 2012

ziarah Dalat 3

3 Disember 2012

Kami menaiki speed boat  pada pukul 9.30 pagi dan sampai ke Dalat pukul 12 tengahari
 Permandangan di wharf Sibu

 Speed boat dengan enjin berkuasa

 Di dalam speed boat beg disusun di tengah-tengah.

Surau darul makmur tempat saya dan suami menyewa semasa tinggal di dalat.


ziarah Dalat 2

 Di antara makanan yang agak berbeza yang kami jumpa di gerai ialah nasi goreng dabai dan mee kolok.

Nasi goreng dabai 

mee kolok  Sarawak

Hari kedua
Lebih kurang pukul 7 pagi kami menaiki teksi untuk ke wharf Pending . Dari sini kami akan menaiki ekspress ke Sibu. Sebenarnya tujuan utama ialah supaya danial dan danish dapat merasa naik ekspress yang akan melalui tepi laut menuju ke  Sibu. Tambang bagi seorang penumpang ialah RM45.00.


Ekspress ke Kuching

Perjalanan mengambil masa agak lama kerana kami sampai ke Sibu lebih kurang pukul 2 petang. Cabaran utama ialah bila nampak penumpang lain yang muntah. Danish juga muntah kerana mabuk laut. 


Keadaan di dalam ekspress

Kami check in Hotel di Sibu kerana tidak sempat naik speed boat ke Dalat. Petang tersebut selepas berehat kami meninjau permandangan di tepian sungai.


speed boat ke Dalat

Thursday, December 20, 2012

ziarah Dalat day 1


Pada 30hb. 12. 2012 kami sekeluarga bertolak ke Kelang dan sampai pada sebelah malam.Tujuan kami ialah untuk menziarahi keluarga Pakcik Mahli sekeluarga di Dalat. Telah lama kami merancang untuk pergi dan Alhamdulillah akhirnya tercapai juga. 
Pada 1hb lebih kurang  pukul 9 pagi kami bertolak ke lcct untuk menaiki penerbangan air asia ke Kuching. 



 di lcct untuk menaiki penerbangan air asia ke Kuching


bergerak untuk menaiki kapal terbang air asia


sempat ambil gambar budak comel ni


Kami sampai di airport kuching dan bergerak ke bandar Kuching dengan menaiki taxi dan sampai ke hotel lebih kurang pukul 5 petang. Kami menginap di hotel harbour view berhampiran dengan waterfront.


kemudian kami ke kampung seberang dengan menaiki sampan. Tambangnya 50 sen seorang.


di sini ada kedai yang menjual kek lapis sarawak dengan harga rm10 sahaja.

to be continue

Monday, May 10, 2010

merantau ke dalat 3 dan terakhir.

kaum melanau

speed boat di sibu

iswara aeroback

banjir di dalat

Cuti tiga hari , jumaat,sabtu dan ahad begitu menyeronokkan. Bolehlah bermalas-malas tiga hari tu.


saya nak sambung semula cerita tentang dalat di bahagian ke tiga dan terakhir. sekurang-kurangnya ia dapat mengimbau kenangan di sana dan menjadi rujukan anak-anak.

Tidak tahan dengan kerenah tuan rumah yang balik bercuti ke rumah yang kami sewa, kami selalu berjalan ke sibu. tak lama selepas itu kamipun berpindah ke rumah sewa baru, di bawah surau di kampung hilir dalat, berdekatan dengan pekan dalat. Imam kampung merangkap tuan rumah kami ialah pakcik idris.

Pada akhir bulan march, saya kembali ke kampung untuk bersalin anak pertama. Saya ambil cuti tanpa gaji selama sebulan kerana kalau dah sampai bulan tak boleh naik kapal terbang . Itupun saya perlu mendapatkan surat doktor yang menyatakan kandungan saya baru 8 bulan. Pada 1 april saya selamat melahirkan danial di kampung. Masa tu mak dan abah sihat lagi. merekalah yang menjaga saya semasa berpantang.

Cukup 30 hari saya pun kembali semula ke dalat, kali ni dengan membawa "baby". Kami membesarkan danial di dalat. Semasa saya kerja, danial tinggal bersama 'neneknya’, pakcik mahli dan isterinya yang dah biasa menjaga anak guru semenanjung. Mereka ni menjaga danial macam cucu sendiri. kami banyak terhutang budi pada pakcik dan makcik.

Sebab itulah masa kecil, danial boleh menggunakan berbahasa melanau dan agak lambat belajar bahasa melayu. Agaknya dia keliru dengan bahasa melanau dan melayu.

Kawan-kawan baik kami di sini ialah guru2 yang sama-sama merantau . Masing2 tak ada saudara mara jadi kalau cuti kami berkumpul dan merancang aktiviti bersama. ( ustazah jaedah dan Abu Hanifah, yati dan raof, ani dan yusof dan ramai lagi )

Pernah pada satu tahun, rumah sewa kami dilanda banjir. Air naik sampai ke paras pinggang. Puaslah mengangkat barang2 ke atas surau. mujurlah pada masa itu barang tak banyak lagi.


Setahun sekali kami dapat tiket balik ke semenanjung. seronoklah sesekali balik dan melihat perubahan di tempat sendiri. tapi yang sedihnya masa hujung cuti sebab perlu berangkat kembali ke dalat.

Akhirnya, dapatlah kami membeli sebuah kereta iswara aeroback. Dapatlah berjalan ke bandar sibu walaupun masa tu terpaksa ikut jalan ladang. Di sini belanja besar, barang makanan mahal, sewa hotel lagi kalau keluar ke sibu. Bukan boleh pergi dan balik pada hari yang sama. Semasa di sana sempatlah kami berjalan ke kuching dan ke bintulu.

Akhirnya suami mendapat surat tukar ke semenanjung. Saya pula kena merayu ke damansara barulah dapat bertukar ke sini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami mengharungi suka duka merantau ke tempat orang.


pulang ke semenanjung


bilalah agaknya kami akan berkesempatan melawat dalat . sebenarnya terlalu banyak pengalaman manis di sana.


Friday, April 30, 2010

merantau ke dalat, sarawak 1.


gambar sebenar dari daerah dalat - google

julai 1991, saya telah berpindah ke dalat, sarawak. kawasan ini didiami oleh suku kaum melanau, iban , melayu sarawak dan cina. pada ketika itu terdapat sebuah pekan kecil dengan beberapa deret rumah kedai kayu yang dipunyai oleh kaum cina di sini. sementara kaum-kaum lain tinggal berhampiran bandar dan kampung-kampung yang terdapat di sepanjang sungai. pekerjaan utama penduduk di sini ialah sebagai pembalak. terdapat banyak pokok sagu yang juga merupakan makanan yang digemari di sini. sekarang ni dengar ceritanya dalat dah makin membangun.

dalat terletak di bahagian sibu, sarawak.untuk sampai ke dalat dari bandar sibu saya perlu menaiki speed boat selama satu jam empat puluh lima minit atau kapal penumpang yang dipanggil, ekspress yang mengambil masa hampir tiga jam. ketika itu pengangkutan darat tidak berapa digunakan kerana yang ada hanya jalan tanah merah berbatu kasar. jadi terpaksalah penduduk di sini menggunakan pengangkutan air sepenuhnya.

pada mulanya agak sukar juga hendak membiasakan diri dengan adat dan budaya kaum di sini.bahasa yang digunakan tidak saya fahami kecualilah kalau dalam keadaan formal mereka menggunakan bahasa melayu. saya bekerja di kg tanam , dalat. majoriti penduduknya dari kaum melanau. menyewa pula di rumah di kampung balan yang jauhnya lebih kurang 6 kilometer dari tempat kerja.

pada masa itu tiada air paip. saya terpaksa mengharapkan air hujan , air perigi dan air sungai . bagi penduduk tetap di sini mereka telah biasa dengan "jamban" di sungai, mandi, membasuh kain dan mengangkut air dari sungai untuk kegunaan seharian. kat rumah sewa tu ada dua buah tangki besar untuk stok air. kalau mendengar guruh di langit, sukanya saya mengalahkan katak.

nanti saya sambung lagi.....