

Cuti tiga hari , jumaat,sabtu dan ahad begitu menyeronokkan. Bolehlah bermalas-malas tiga hari tu.
saya nak sambung semula cerita tentang dalat di bahagian ke tiga dan terakhir. sekurang-kurangnya ia dapat mengimbau kenangan di sana dan menjadi rujukan anak-anak.
Tidak tahan dengan kerenah tuan rumah yang balik bercuti ke rumah yang kami sewa, kami selalu berjalan ke sibu. tak lama selepas itu kamipun berpindah ke rumah sewa baru, di bawah surau di kampung hilir dalat, berdekatan dengan pekan dalat. Imam kampung merangkap tuan rumah kami ialah pakcik idris.
Pada akhir bulan march, saya kembali ke kampung untuk bersalin anak pertama. Saya ambil cuti tanpa gaji selama sebulan kerana kalau dah sampai bulan tak boleh naik kapal terbang . Itupun saya perlu mendapatkan surat doktor yang menyatakan kandungan saya baru 8 bulan. Pada 1 april saya selamat melahirkan danial di kampung. Masa tu mak dan abah sihat lagi. merekalah yang menjaga saya semasa berpantang.
Cukup 30 hari saya pun kembali semula ke dalat, kali ni dengan membawa "baby". Kami membesarkan danial di dalat. Semasa saya kerja, danial tinggal bersama 'neneknya’, pakcik mahli dan isterinya yang dah biasa menjaga anak guru semenanjung. Mereka ni menjaga danial macam cucu sendiri. kami banyak terhutang budi pada pakcik dan makcik.
Sebab itulah masa kecil, danial boleh menggunakan berbahasa melanau dan agak lambat belajar bahasa melayu. Agaknya dia keliru dengan bahasa melanau dan melayu.
Kawan-kawan baik kami di sini ialah guru2 yang sama-sama merantau . Masing2 tak ada saudara mara jadi kalau cuti kami berkumpul dan merancang aktiviti bersama. ( ustazah jaedah dan Abu Hanifah, yati dan raof, ani dan yusof dan ramai lagi )
Pernah pada satu tahun, rumah sewa kami dilanda banjir. Air naik sampai ke paras pinggang. Puaslah mengangkat barang2 ke atas surau. mujurlah pada masa itu barang tak banyak lagi.
Setahun sekali kami dapat tiket balik ke semenanjung. seronoklah sesekali balik dan melihat perubahan di tempat sendiri. tapi yang sedihnya masa hujung cuti sebab perlu berangkat kembali ke dalat.
Akhirnya, dapatlah kami membeli sebuah kereta iswara aeroback. Dapatlah berjalan ke bandar sibu walaupun masa tu terpaksa ikut jalan ladang. Di sini belanja besar, barang makanan mahal, sewa hotel lagi kalau keluar ke sibu. Bukan boleh pergi dan balik pada hari yang sama. Semasa di sana sempatlah kami berjalan ke kuching dan ke bintulu.
Akhirnya suami mendapat surat tukar ke semenanjung. Saya pula kena merayu ke damansara barulah dapat bertukar ke sini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami mengharungi suka duka merantau ke tempat orang.
bilalah agaknya kami akan berkesempatan melawat dalat . sebenarnya terlalu banyak pengalaman manis di sana.