Bahan-bahan
1. belimbing rebus
2. lebih kurang 100g ikan bilis
3. cili api-ikut suka
4. 3 ulas bawang merah
5. minyak utk menggoreng
cara-cara membuatnya
1. tumbuk ikan bilis, lada dan bawang. tumbuk jangan terlalu hancur. lepas tu campur dgn belimbing rebus tadi.tumbuk lagi.
2. panaskan minyak dan goreng bahan di atas sehingga agak garing.( tapi masa mengoreng ni kena sentiasa dikacau )
3. kalau suka boleh campurkan hirisan bawang besar masa dah nak masak tu.
4. bolehlah dihidangkan bersama nasi .
( sambal ni boleh tahan lama. simpan dalam tupperware dan masukkan ke dalam peti ais.)
cara membuat belimbing rebus:belimbing buluh dicampur dengan garam dan direbus sampai jadi hitam...kena masak sampai jadi hitam mengambil masa 4 ke 5 jam.saya masak guna dapur gas aje. Gunakan kuali atau periuk yang khusus sebab kuali ini tak boleh digunakan utntuk masak makanan lain. kalau guna tin takut berkarat pula. selalunya dimasak dgn banyak untuk disimpan kerana belimbing rebus ini boleh tahan lama kalau disimpan dengan betul.
inilah resepi yang saya masak untuk family, mungkin orang lain ada cara mereka tersendiri
salam..kenal..dan singgah.akak pernah dengar samabl hitam ni..kalau tak salah kawan dari pahang cerita..insyaallah akan dicuba..cuma nak buat belimbing hitam..aje la..sebab nak kena tunggu pasar tani baru ada jual belimbing buloh ni..terima kasih...syer resepi...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSya dh lama simpan resepi ni tp x penahnye
buat..huhuhu...masalah nk mencari belimbing buluh tu...nape kuali utk rebus belimbing tu
xleh diguna utk masak mkanan lain?
salam erna,
ReplyDeletecuba cari kat pekan sehari atau pasar malam, kot2 ada jual.tak perlulah merebus belimbing tu,
salam cik shinju,
ReplyDeletekuali tu tak boleh guna utk msk mknan lain sebab belimbing dan garam yg direbus dalam tu akan meninggalkan kesan yg susah dibasuh.kena rendm lama2.mcm ada satu lapisan.almt mencuba.....
salam..
ReplyDeletemmg sedap makan sambal itam..koi selalu balik kg mok mertua koi ini la juadah buat pecah selera makan.
Assalaamualaikum Da..
ReplyDeleteKoi blm pernoh lg merasa sambal ni. terliur dah ni.kalau makan dgn nasi panas2 ni tentu sedap..
mana koi nok cari belimbing buluh? belimbing bintang aci dok?
salam da, terima kasih kerana share resepi ni..mak cik kena gi rumah SIL ambil belimbing buluh tu..nak cubalah..tak tahulah musim belimbing /tidak..
ReplyDeleteBelimbing rebus ni sedap juga untuk dibuat masak asam bersama ikan keli kan?..
ReplyDeleteen mazru,
ReplyDeletesalam, ya kata mazru tu buat pecah selera.tq ziarah akak ni.
salam zie,
ReplyDeletetak retilah nak ngabonya. kala duduk dekat2 boleh juga datang ke umah. stok belimbing ada lagi ni. ini jauh sangat.bila balik nanti bolehlah ziarah kome kat sini ya.
salam makcik,
ReplyDeletesama-sama makcik. bolehlah cuba, pakcik boleh merasa.
salam en relevan,
ReplyDeletea ah. kalau masuk dalam gulai lemak ikan air tawar pun sedap juga.
sedak sambey ni cikgu, kena pulok ulam jerin muda huh cakak tak guna...ander pulok ikan tawo..isk
ReplyDeletex daya kalo sokmo buat sambal itam ni asyik terlajak makan je....
ReplyDeletesambal hitam ini sgt sedap. kalu ada gulai lemak, ianya adalah kombinasi yg merbahaya. lagi bahaya jika ada ikan pekasam goreng. makcik suka sambal hitam. ianya boleh mbuatkan makcik makan nasik dlm kuantiti yg agak byk. sekian.
ReplyDeletekelompen,
ReplyDeletesalam. a ah sedap. ada masa malas nak mengorengnya. abih satu rumah berbau.
hi hai,
ReplyDeletekena masak nasi banyaklah ya.
makcik shima,
ReplyDeletesesekali makan banyak takpelah.....
Salam, kena try resepi ni, tapi skrg ni susoh nok cari belimbing rebus tu, nampok gaya kena "hold" dulu hehe
ReplyDelete