followers

Monday, March 22, 2010

sambal hitam

bawang merah, cili padi, ikan bilis dan belimbing rebus

sambal hitam


Bahan-bahan

1. belimbing rebus

2. lebih kurang 100g ikan bilis

3. cili api-ikut suka

4. 3 ulas bawang merah

5. minyak utk menggoreng

cara-cara membuatnya

1. tumbuk ikan bilis, lada dan bawang. tumbuk jangan terlalu hancur. lepas tu campur dgn belimbing rebus tadi.tumbuk lagi.

2. panaskan minyak dan goreng bahan di atas sehingga agak garing.( tapi masa mengoreng ni kena sentiasa dikacau )

3. kalau suka boleh campurkan hirisan bawang besar masa dah nak masak tu.

4. bolehlah dihidangkan bersama nasi .

( sambal ni boleh tahan lama. simpan dalam tupperware dan masukkan ke dalam peti ais.)

cara membuat belimbing rebus:

belimbing buluh dicampur dengan garam dan direbus sampai jadi hitam...kena masak sampai jadi hitam mengambil masa 4 ke 5 jam.saya masak guna dapur gas aje. Gunakan kuali atau periuk yang khusus sebab kuali ini tak boleh digunakan utntuk masak makanan lain. kalau guna tin takut berkarat pula. selalunya dimasak dgn banyak untuk disimpan kerana belimbing rebus ini boleh tahan lama kalau disimpan dengan betul.

inilah resepi yang saya masak untuk family, mungkin orang lain ada cara mereka tersendiri

19 comments:

  1. salam..kenal..dan singgah.akak pernah dengar samabl hitam ni..kalau tak salah kawan dari pahang cerita..insyaallah akan dicuba..cuma nak buat belimbing hitam..aje la..sebab nak kena tunggu pasar tani baru ada jual belimbing buloh ni..terima kasih...syer resepi...

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Sya dh lama simpan resepi ni tp x penahnye
    buat..huhuhu...masalah nk mencari belimbing buluh tu...nape kuali utk rebus belimbing tu
    xleh diguna utk masak mkanan lain?

    ReplyDelete
  3. salam erna,
    cuba cari kat pekan sehari atau pasar malam, kot2 ada jual.tak perlulah merebus belimbing tu,

    ReplyDelete
  4. salam cik shinju,
    kuali tu tak boleh guna utk msk mknan lain sebab belimbing dan garam yg direbus dalam tu akan meninggalkan kesan yg susah dibasuh.kena rendm lama2.mcm ada satu lapisan.almt mencuba.....

    ReplyDelete
  5. salam..

    mmg sedap makan sambal itam..koi selalu balik kg mok mertua koi ini la juadah buat pecah selera makan.

    ReplyDelete
  6. Assalaamualaikum Da..

    Koi blm pernoh lg merasa sambal ni. terliur dah ni.kalau makan dgn nasi panas2 ni tentu sedap..

    mana koi nok cari belimbing buluh? belimbing bintang aci dok?

    ReplyDelete
  7. salam da, terima kasih kerana share resepi ni..mak cik kena gi rumah SIL ambil belimbing buluh tu..nak cubalah..tak tahulah musim belimbing /tidak..

    ReplyDelete
  8. Belimbing rebus ni sedap juga untuk dibuat masak asam bersama ikan keli kan?..

    ReplyDelete
  9. en mazru,
    salam, ya kata mazru tu buat pecah selera.tq ziarah akak ni.

    ReplyDelete
  10. salam zie,
    tak retilah nak ngabonya. kala duduk dekat2 boleh juga datang ke umah. stok belimbing ada lagi ni. ini jauh sangat.bila balik nanti bolehlah ziarah kome kat sini ya.

    ReplyDelete
  11. salam makcik,
    sama-sama makcik. bolehlah cuba, pakcik boleh merasa.

    ReplyDelete
  12. salam en relevan,
    a ah. kalau masuk dalam gulai lemak ikan air tawar pun sedap juga.

    ReplyDelete
  13. sedak sambey ni cikgu, kena pulok ulam jerin muda huh cakak tak guna...ander pulok ikan tawo..isk

    ReplyDelete
  14. x daya kalo sokmo buat sambal itam ni asyik terlajak makan je....

    ReplyDelete
  15. sambal hitam ini sgt sedap. kalu ada gulai lemak, ianya adalah kombinasi yg merbahaya. lagi bahaya jika ada ikan pekasam goreng. makcik suka sambal hitam. ianya boleh mbuatkan makcik makan nasik dlm kuantiti yg agak byk. sekian.

    ReplyDelete
  16. kelompen,
    salam. a ah sedap. ada masa malas nak mengorengnya. abih satu rumah berbau.

    ReplyDelete
  17. hi hai,
    kena masak nasi banyaklah ya.

    ReplyDelete
  18. makcik shima,
    sesekali makan banyak takpelah.....

    ReplyDelete
  19. Salam, kena try resepi ni, tapi skrg ni susoh nok cari belimbing rebus tu, nampok gaya kena "hold" dulu hehe

    ReplyDelete