followers

Friday, March 19, 2010

hikmah sujud

gambar hiasan sahaja

Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah2 lain sujud adalah:
-melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

petikan ini diambil daripada e mail yang di kirimkan oleh sahabat saya dan semoga kita semua dianugerahkan dengan kebaikan.

15 comments:

  1. salam da..satu article yg baik terima kasih kerana kongsi..tapihalus sangatlah tulisan tu..kena dekatkan muka pada skrin baru boleh nampak...hehehe..orang tua..

    ReplyDelete
  2. wslm makcik.
    t kasih. a'ah kecik sgt. kena mtk cik abg tolong baiki sbb tadi berebut dgn danish nak guna lap top. he3

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Byk hikmahnye sujud ni dr sudut kesihatan yer...
    Tq krn berkongsi info..

    ReplyDelete
  4. salam cikgu
    koi nompang maca , ebtri yg bagus untuk info..thanks

    ReplyDelete
  5. salam kak..
    menarik entri ni..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    Terima kasih berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  7. piewahid,
    tq singgah, jengok2lah rumah koi ni.

    ReplyDelete
  8. en zulkbo,
    tq ziarah sambil baca entri

    ReplyDelete
  9. cik shinju,
    ya lah. tq baca entri

    ReplyDelete
  10. maiyah,
    janganlah sedih. buatlah setakat yang boleh.

    ReplyDelete
  11. sujud bkn sebarang sujud,ada hikmah di sebalik suruhan,ttp ada juga org Islam yg mencari kaedah lain spt bermeditasi,yoga dll.mereka terlupa yg mereka mempunyai khazanah tersendiri

    ReplyDelete