followers

Tuesday, March 9, 2010

resepi ikan keli pedas


ikan keli yang masih hidup

ikan keli pedas

ada orang kalau sebut saja ikan keli, tak mbohlah mereka menyentuhnya sebab mereka geli.

tapi sekarang dah senang, pergi ke pasar dan penjual ikan tu jual yang dah di siang, balik ke rumah basuh dengan air asam biar hilang hanyir dan lendirnya kmdn bolehlah dimasak.

kat sini, selalunya ikan keli ni orang masak goreng berlada atau lemak. kadang2 jemu juga kalau resepi yang sama je. jadi terciptalah resepi ni yang saya ambil ideanya dari suami saya. kami sekeluarga menggemarinya..

caranya senang saja, kerat ikan keli tu, tak boleh tak kerat nanti tak masak pulak.

tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada kecil ( cili api) mengikut suka ( kalau suka pedas bleh isi banyak2). bawang tu pula agak2 je lah, tak perlu banyak sangat.

tumis bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik baunya dan kemudian masukkan ikan keli yang telah di kerat tadi. kacaulah sikit2, lepas tu masukkan kunyit, asam keping dan garam.

tunggu sehingga ikan itu masak dan bolehlah dihidangkan panas2.
resepi ni senang aje membuatnya.

silalah cuba........

15 comments:

  1. aok memang tukang masok terbaik di dunia ni yg koi pernoh jmpe...sbb tu gemuk gedempul blake ni

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    peh..sedakk nie..
    untung suami pandai masak siap ada resepi..he he
    koi rebus maggi pandai ler...

    ReplyDelete
  3. PIEWAHID:
    Tak tau aok pun pandai masok juger yek?
    untung your wife's..ke ke ke..jangan maree..

    ReplyDelete
  4. salah satu resepi kegemaran koi nih..mmg melantok tak ingat,nak pulok makan tgh panas2 te...perhhh!

    ReplyDelete
  5. ikan keli seringkali disalah-tafsir dgn ikan sembilang. ikan keli rumahnya di sungai, manakala ikan sembilang rumahnya di laut. sekian.

    ReplyDelete
  6. Sedap lauk ikan Keli pedas ni..bila sedang makan pasti orang lalu kat belakang kita buat2 tak nampak..

    ReplyDelete
  7. salam da. maakan ikan keli adalah kegemaran anak2 mak cik tambah2 yg berlada ni. kami berdua tak makan, masa kecil makan bila dah tua tak boleh makan. mak cik kalau beli ikan ni n nak basuh mesti pakai sarung tangan hehehe..

    ReplyDelete
  8. da to piewahid,
    tima kasihlah ya. siapa lagi tok gurunya....

    da to zulkbo,
    bolehlah suruh org rumah masak.

    da to mazru,
    kala emak sendiri mmasak lg sedapkan....

    da to makcik shima,
    tq 4 the info. tak kisah sgt sbb rasanya lebih kurang je.

    da to relevan,
    ya lah tu.....boleh try.

    makcik dan pakcik,
    salam.yalah geli jg kan. saya ni biasa makan ikan air tawar ni sebab masa kecik dulu abah rajin sangat menangkap ikan di paya dan sungai. banyak jenislah yang saya merasa tapi skrg ni susah dah nak dapat, semuanya kena beli.

    da to maiyah,
    tq maiyah. bolehlah cuba masak.

    ReplyDelete
  9. Salam Da, Nampok sedak tu, nanti boleh trai laaa terima kasih bagi resepi

    ReplyDelete
  10. sama-sama abgaji. saya pun memang nak share dgn kwn2.

    ReplyDelete
  11. salam tuan umah,
    sya penah mkn skali jer ikan keli nih,
    member serumah yg masak..
    dlm family sya xde yg mkn ikan keli, nape ntoh..

    ReplyDelete
  12. salam cik shinju
    kalau tak biasa memanglah tak berapa boleh masuk...

    lepas tu kena betul cara masaknye.

    ReplyDelete
  13. pelbagai info menarik ikan keli...
    http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/

    ReplyDelete