followers

Wednesday, June 30, 2010

emping tumbuk

lesung kaki- google

emping- google

semasa dalam perjalanan pulang dari kuantan, kami singgah digerai menjual kuih muih. saya membeli sebungkus emping yang juga dijual disitu .

emping ni mengingatkan saya zaman kecil dulu , masa tu emak dan ayah saya menanam padi. setelah dituai sebahagian kecil di buat emping.

masa tu lesung kakilah yang digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan emping, prosesnya saya tak berapa ingat dah.

sampai di rumah, saya buat emping tumbuk. resepi ni dari emak saya dulu. saya menggunakan lesung batu yang baru saya beli. yang lama takut pedas pula rasanya.

emping ditumbuk hancur dan dicampur dengan kelapa muda dan gula kabung.mmm lepaslah hajat saya nak makan emping tumbuk ni.

Alhamdulillah



8 comments:

  1. Assalaamualaikum Makchu..
    pandai ngat aok buat koi ngidang dgn teringat kisoh2 lama.. :)
    koi ingat lg rasanya nok buat emping ni..
    mula2 kena rendam dulu beras te semlman kalau tak slp.pastu, tus beras ter. pas2 goreng beras ter sampai meletup2 sikit terus curoh kedlm lesung..pohpaleh, wangi sampai ke sini baunya.. :D
    kome dulu2 mmg merioh la kalau buat emping..pakat main laga2 lutut sambil menumbuk dgn sepupu2..hehe...

    ReplyDelete
  2. slm puan da,
    nape ek, trase mcm baru lagi makan emping tu :)

    masa kecik2 dulu, koi la yg tukang 'hindik' lesung kaki tu. ande rentok dgn tingkoh yg tersendiri. kalau hindik laju2, abis berterabur. letih lari bila mok perambat dgn lidi...

    ReplyDelete
  3. salam..
    emping ni dulu
    selalu makan semasa
    di rumah datuk di Jitra
    Kedah..jelapang padi sana
    semua resepi mesti ada nasik
    sampai cekodok pun guna
    tepung beras tumbuk..

    ReplyDelete
  4. salam da..tersenyum makcik membaca komen pie..hehe..
    empeng ni teringatkan masa zaman kanak2 makcik..
    masa tu sangat sedap sebab tak ada makanan lain..apa pun kita sangat bbersyukur dgn apa yg kita ada masa tu..

    ReplyDelete
  5. salaa zie,
    kala cerita dengan rakan sebaya, tahulah benda2 gini. cuba cerita dengan anak2, tak tau ke benda. nak terangkan macam mana padipun kena cari antah beras.budak2 yang duduk belah temerloh ni lah.

    ReplyDelete
  6. salam cik abang,

    kan ke da bagi abang rasa emping tumbuk tu.

    mula2 rajinlah, lepas tu semua lari, yang tinggal emak sorang.

    ReplyDelete
  7. salam zul,
    di temerloh ni orang menanam padi masa akak kecik2 dulu. lepas tu tak de dah sebab masalah air agaknya.kat sini paya bukan sawah macam kat tempat lain.
    macam2 cara orang makan emping ni....

    ReplyDelete
  8. salam makcik dan pakcik,
    ya lah, sekarang ni dah banyak makanan. kalau dulu seronok sangat dapat makan beramai2 dengan adik beradik.jambu batu muda pun sedap.

    ReplyDelete