followers

Saturday, June 5, 2010

tanda-tanda awal kanser

sel barah-google

assalamualaikum,
seronok bila buka pc hari ni sebab saya mendapat follower yang ke 50. dah lama saya nantikan sebenarnya. terima kasih semua. terima kasih kpd ummu masyitah yg menghadiahkan award kepada saya. saya ni cuma suka cuba2 aje. tengok suami berblog sayapun nak tumpang sekaki.
arini saya nak share info tentang barah yang saya perolehi dari e mail yang saya terima dari sahabat saya.

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairanberdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaanyg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turunberat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemahatau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil


Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser.
1.Satay bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi) Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera . Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

11 comments:

  1. salam dan terima kasih banyak..akak dah baca..dah terkejut akak..baru tau pun..akak suka sangat beli bawang goreng..buat sendiri tak dapat yang garing...terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Takat ni takderlah mengalami komplikasi yang disenaraikan itu..

    ReplyDelete
  3. salam da..barah ialah satu penyakit yg digeruni oleh semua..kalau dapat juga kena redhalah ye..terima kasih berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  4. salam kak..
    rasanya pembunuh nombor wahid
    di Malaysia ni..sesamalah bendung
    makan kena jaga..he he

    ReplyDelete
  5. ngeri.....masa makan x ingat pon......

    ReplyDelete
  6. salam kak Da
    Kanser sekarang ini tidak mengenali sesiapa.Saya telah bertemu beberapa individu yang tabah dan cekal, meski kanser telag menular di tubuh mereka.
    tentang bawang goreng,Ya Allah ngerinya.Patutlah kalau kita masak sendiri bawangnya lembik.Dulu saya ingatkan sebab minyak tak habis turun ke..TQ ya Kak Da atas perkongsian ini dan sudi terima award saya.wassalam

    ReplyDelete
  7. salam sis, koi sentiasa check apa yg patut. alhamdulillah takat ni takde masalah.

    ReplyDelete
  8. Info yang berguna. Terima kasih.


    ** Menantikan follower ke 50? Alamak...ckLah terlebih ke 51.
    :)

    ReplyDelete
  9. salam kak erna,

    sama2. yalah kadang2 kita nak guna bwg goreng tu sikit je. kenalah goreng sendiri ya.

    ReplyDelete
  10. salam

    mintak2nya sampai bila2 pun tak ada tanda2 tu.kena jaga kesihatan betul2.

    ReplyDelete
  11. salam makcik dan pakcik,

    yalah kalau ditakdirkan, redha ajelah. sian saya tengok abang ipar yang kena kanser tu,berusaha, berdoa dan berserah pd Allah saja.

    ReplyDelete