followers

Thursday, March 25, 2010

tujuh kalimat



Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucapkan Bismillah pada tiap-tiap kali hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucapkaan Alhamdulillah pada tiap-tiap kali selesai melakukan sesuatu.
Astagfirullah jika terkeluar perkataan yang tidak patut .


4. Mengucapkan Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucapkan La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


ps: saya ambil bahan ini dari e mail untuk dikongsi bersama.

Monday, March 22, 2010

sambal hitam

bawang merah, cili padi, ikan bilis dan belimbing rebus

sambal hitam


Bahan-bahan

1. belimbing rebus

2. lebih kurang 100g ikan bilis

3. cili api-ikut suka

4. 3 ulas bawang merah

5. minyak utk menggoreng

cara-cara membuatnya

1. tumbuk ikan bilis, lada dan bawang. tumbuk jangan terlalu hancur. lepas tu campur dgn belimbing rebus tadi.tumbuk lagi.

2. panaskan minyak dan goreng bahan di atas sehingga agak garing.( tapi masa mengoreng ni kena sentiasa dikacau )

3. kalau suka boleh campurkan hirisan bawang besar masa dah nak masak tu.

4. bolehlah dihidangkan bersama nasi .

( sambal ni boleh tahan lama. simpan dalam tupperware dan masukkan ke dalam peti ais.)

cara membuat belimbing rebus:

belimbing buluh dicampur dengan garam dan direbus sampai jadi hitam...kena masak sampai jadi hitam mengambil masa 4 ke 5 jam.saya masak guna dapur gas aje. Gunakan kuali atau periuk yang khusus sebab kuali ini tak boleh digunakan utntuk masak makanan lain. kalau guna tin takut berkarat pula. selalunya dimasak dgn banyak untuk disimpan kerana belimbing rebus ini boleh tahan lama kalau disimpan dengan betul.

inilah resepi yang saya masak untuk family, mungkin orang lain ada cara mereka tersendiri

Saturday, March 20, 2010

ada tetamu datang rumah...:D

anak saudara, mahirah binti kamsani (anak bongsu kak ani)


kakak saya yang ke dua (mahani binti sulaiman) atau kak ani


adik saya, mazila binti sulaiman


makan dadih dan minum oren aje lah... he3

pada musim cuti ni, sebahagian daripada adik beradik saya datang bertandang ke rumah. seronok juga sesekali berjumpa adik beradik ni. bukan senang nak berkumpul, maklumlah masing-masing ada tugas sendiri.

mereka datang sambil-sambil mencari belimbing buluh sebab kat belakang rumah kami ada sebatang pokok belimbing. masalahnya musim kemarau ni buahnya tak berapa menjadi. kebetulan kami ada simpan stok belimbing rebus, boleh jugalah mereka masak sambal hitam. :)

kak ani saya bertugas sebagai seorang guru. sekarang sedang melanjutkan pelajaran di UPSI. beliau mempunyai 3 orang cahaya mata. yang menemani beliau kali ini ialah anak perempuan bongsunya, mahirah.

mazila pula seorang peguam yang menetap di bentong. beliau mempunyai sepasang cahaya mata.


semoga mereka sentiasa bahagia dunia akhirat.

Friday, March 19, 2010

hikmah sujud

gambar hiasan sahaja

Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah2 lain sujud adalah:
-melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

petikan ini diambil daripada e mail yang di kirimkan oleh sahabat saya dan semoga kita semua dianugerahkan dengan kebaikan.

Saturday, March 13, 2010

Beza Tanggungjawab Lelaki (Suami) & Perempuan (Isteri)

sekadar hiasan
AKU, KAU BERBEZA.... AKU, KAU ISTIMEWA...

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN?

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin .

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.



Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.
WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.... Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taatkepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
dipetik dari e mail yang saya terima untuk renungan kita semua.

Tuesday, March 9, 2010

resepi ikan keli pedas


ikan keli yang masih hidup

ikan keli pedas

ada orang kalau sebut saja ikan keli, tak mbohlah mereka menyentuhnya sebab mereka geli.

tapi sekarang dah senang, pergi ke pasar dan penjual ikan tu jual yang dah di siang, balik ke rumah basuh dengan air asam biar hilang hanyir dan lendirnya kmdn bolehlah dimasak.

kat sini, selalunya ikan keli ni orang masak goreng berlada atau lemak. kadang2 jemu juga kalau resepi yang sama je. jadi terciptalah resepi ni yang saya ambil ideanya dari suami saya. kami sekeluarga menggemarinya..

caranya senang saja, kerat ikan keli tu, tak boleh tak kerat nanti tak masak pulak.

tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada kecil ( cili api) mengikut suka ( kalau suka pedas bleh isi banyak2). bawang tu pula agak2 je lah, tak perlu banyak sangat.

tumis bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik baunya dan kemudian masukkan ikan keli yang telah di kerat tadi. kacaulah sikit2, lepas tu masukkan kunyit, asam keping dan garam.

tunggu sehingga ikan itu masak dan bolehlah dihidangkan panas2.
resepi ni senang aje membuatnya.

silalah cuba........

Saturday, March 6, 2010

my siblings

adik bongsu kami, ahmad fadli dan isterinya shuhada



kakak sulung saya, normazmi

dah lama saya memdiamkan diri, yang utamanya kesibukan tugasan seharian, walaupun sempat juga jengok2 entri rakan-rakan.

saya ada enam orang adik beradik , 5 perempuan dan seorang laki2. sampai juga niat allahyarhamah emak saya dulu yang ingin sangat anak lelaki. adik bongsu kami laki2.

yang sulung, normazmi, seorang suri rumah sepenuh masa. tinggal di kampung bangau parit temerloh bersama keluarganya. anak-anak semuanya dah berkeluarga.

adik ahmad fadli ni baru lebih kurang 2 tahun bekerja di ilp kuantan. isterinya bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah, juga di kuantan.

semoga mereka semua berbahagia dunia akhirat.

adik beradik lain saya akan update kemudian.