followers

Wednesday, February 3, 2010

ini bukan kerbau koi.......

kerbau berkeliaran

haiwan kat atas ni tak asing lagi bagi saya kerana boleh kata setiap hari saya boleh melihatnya, kat depan rumah dan sekitar kampung.
setiap hari bekerja saya melalui beberapa kampung iaitu kampung telok mengkuang, kg telok ira, kg berhala gantang dan kampung bintang. kg2 ni terletak di sepanjang sungai pahang, jadi dalam perjalanan nampaklah sungai pahang. pernah sekali selama lebih kurang 7 tahun saya berulang ke tempat kerja, saya terkandas sbb banjir di kg telok ira. kami terpaksa berpusing ikut jalan jauh untuk smpi ke tempat kerja.

jln ni bukannya sibuk tetapi kena berhati-hati sebab org kg tak pakai undang2. kdg2 ikut suka hati je naik motor. ada masanya bdk2 baru tahun 4 dah menunggang motorsikal. pelik mak ayah boleh lepaskan anak2 gitu aje. kalau terjadi kmlgn tak ke menangis nanti.

satu lagi halangannya ialah kerbau yang ada kat jalan ni. saya kena bagi laluan kat kerbau2 ni.. tepi jalan jadi tempat haiwan ni lepak. kdg2 badan ditepi tapi kepalanya terjulur ke jln. manalah tuan2 kerbau ni. kenapalah dibiarkan ternakan mereka berkeliaran merata-rata. kalau kena langgar pasti mereka marah, tp mereka terus membiarkan haiwan ni begitu saja. semuanya ada tuan tu.

satu lagi, kena pandai mengelak dari terlanggar bahan buangan kerbau ni, kalau terlanggar,naya. seharianlah kereta berbau.

agaknya bilalah keadaan ni akan berubah. bukan kerbau yang salah tapi tuan2 kerbau tu yg tak bertanggungjawab.

sabar je lah

8 comments:

  1. gemok gemoknya kerbau te. mahu mahu 3 pikul sekor

    ReplyDelete
  2. weh, demeh boleh semelih la wat mkn besor tahun baru cina nih..

    ReplyDelete
  3. salam ISK. kami di sini jalannya dihalang oleh lembu2 yg berbagai saiz dan umur. susah juga nak cari kerbau disini. kalau kenduri kita dikelantan tak sembelih kerbau tapi lembu .bila nak mari kb weh...

    ReplyDelete
  4. Memang kesalahan tuan kerbau kerana tidak memberi pendidikan yang secukupnya kepada kerbau-kerbau mereka..

    ReplyDelete
  5. cuba tutup hidung dan sebut "oik"... itulah bunyik kerbau. sekian.

    ReplyDelete
  6. endiem,
    memanglah gemuk, cukup makan.mahal ni ribu2 seekor.

    piewahid,
    kala saya punya boleh ngat, buat kenduri besor.

    mohdanmeriam,
    kat sini ada juga lembu tapi bilangannya kurang. yg paling ketara kerbaulah. teringin beno nak ke
    kb, bolehlah kami ziarah makcik dan pakcik nanti.

    ReplyDelete
  7. miecyber,
    patutnya dgn tuan2nya sekali kena masuk sekolah kut?

    ReplyDelete
  8. makcikshima:
    deme cubalah buat kome nak dengar. jgn buat masa tido sudah.

    ReplyDelete