followers

Sunday, December 19, 2010

makan di gerai

google


pada malam sabtu yang lalu kami sekeluarga pusing-pusing ke mentakab. selepas itu kami singgah untuk minum di gerai sambil2 melayan danial yang balik bercuti.
dah puas bincang kat mana nak minum, akhirnya suamipun berhenti kat sebuah gerai berhampiran lhdn temerloh.
kamipun orderlah, abahnya order air kopi super best dan mee hoon goreng, saya nescafe o je, ummie air horlick dan mee hoon goreng, danial mee goreng dan air teh tarik sementara danish pula order sup ekor dan air horlick.
kami pun menikmati hidangan sambil borak-borak. dah siap makan, suamipun panggil waiter kat situ untuk membuat pembayaran. semuanya rm29 encik.
berapa? dua kali suami bertanya. rm29.
rasa macam tak percaya makan macam tu je, harganya mahal betul. lepas di congak agak2nya untuk satu pinggan mee harganya lebih kurang rm5, dan air seringgit lebih.
lepas ni maaflah, takkan kami singgah lagi kat gerai tu.
janganlah cekik darah.

Sunday, December 5, 2010

induksi

pada 1 hingga 15 november 2010, saya telah menghadiri kursus di hotel seri malaysia, rompin.

> semasa di dewan kuliah


ahli kumpulan dengan hamper yang dimenangi.



persembahan dari kumpulan 11 dan 12.


para peserta bersiap untuk acara persembahan.


ini semasa majlis makan malam sempena dengan kedatangan pengarah pelajaran pahang.


antara ahli kumpulan saya semasa kursus tersebut.





































Wednesday, December 1, 2010

didik dapat baby

didik tua ( umurnya dah lebih kurang 16 tahun )

danish dan baby didik

baby didik

baby didik

masih keliru dengan persekitaran baru

didik tua dan didik muda juga tak keruan menerima baby didik
pada awal november 2010, kami telah membeli seekor anak angsa baru. harganya rm50.
sebenarnya kami kasihan melihat didik betina yang selalu bertelur dan mengeram tetapi tak pernah menjadi anak atau menetas.
dengan harapan didik betina bolehlah menerima baby didik ni sebagai anak angkatnya. tapi sebaliknya berlaku. didik jantan pula yang seronok menjaga baby didik dan didik betina tak hiraupun akan kehadiran baby didik.

Friday, October 29, 2010

terima kasih......hello, hello.....

terima kasih
terutamanya kepada suami dan seluruh keluarga kerana akhirnya dapat juga saya merasa nokia n7 ni
bersempena dengan hari lahir,
dapatlah saya menggunakan teknologi terkini.
terima kasih sekali lagi.

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya. Trouble is a friend...


Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua...
Ada masa jemputlah ke rumah raya nanti. Kami belanja makan mee bakso buatan sendiri. Sedap ke tak, itu lain cerita.

Kepada ibu2 yang sibuk memasak dan pening nak menyiapkan macam2 perkara tu, saya tujukan lagu ni khas kepada mereka.



Saturday, August 14, 2010

lawatan ke cameron highland

buah strawberi

labu air di mardi


buah tomato kecil


buah lada benggala

buah tomato

bunga ros

bunga segar

bunga segar dari cameron.

sayur salad

tempat penginapan

rama-rama di taman rama-rama

lebah gergasi

ladang teh

lata iskandar
hot spring

biarpun dah ketinggalan tapi saya nak share gambar yang saya ambil pada 7 dan 8 hb lepas, semasa saya ke cameron highland. perjalanan dari temerloh melalui kuala lumpur kemudian masuk ke highway menuju ke tapah.
sekarang ni kalau ikut jalan dari felda sungai koyan lebih singkat masanya tapi jalan tu belum dibuka sepenuhnya lagi .
perjalanan saja mengambil masa 5 ke 6 jam. kami singgah di lata iskandar dan kemudian melawat ke beberapa tempat seperti taman rama-rama, taman lebah, pasar malam dan taman cactus.
kami singgah di hot spring dalam perjalanan pulang.
malam ahad sampai di rumah keletihan.

Thursday, July 29, 2010

bagaimana wudhu 'zahir dan batin'



Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf,sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun,dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari,Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya,"Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata,"Apabila masuk waktu solat,aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya,"Bagaimanawudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata,"Wudhu' zahir sebagaimanabiasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan \
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6.Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata,"Kemudian aku pergi ke masjid,aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku,
5.Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa didalam solat,aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar,menangislah dia keranamembayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi,ilmu itu milik Tuhan,barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya

"Bertakwalah kepada ALLAH di manakau berada & sambunglah perbuatan jahat itu dgn kebaikan supaya terhapus (kejahatannya),& bergaullah sesama manusia dgn budi yg baik (akhlak yg baik)." [ Riwayat At-Tirmidzi ]

entri ni saya copy dari e mail dan semoga kita mendapat pengajaran drpdnya.

Tuesday, July 27, 2010

cekodok air panas

assalamualaikum.


dah lama benar saya tak update entri. rindu juga tapi dek kerana kesuntukan masa saya tak berkesempatan menulis entri baru.

petang ahad lalu, fadli dan isterinya datang ke rumah, tengok kat dapur tak ada kuih nak dihidang, jadi saya memikirkan resepi yang ringkas dan cepat siap.
jadi saya buatkan lah cekodok air panas ni.

cara membuatnya ialah,

masukkan suku kilo tepung ke dalam tempat mambancuh, kalau nak banyak boleh tambah lagi.

masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati. kalau suka boleh campur dengan bawang, lada dan ikan bilis. saya dan family suka yang kosong je.

masukkan air panas dan kacau sehingga sebati.

goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak sehingga garing.

dah siap.
bolehlah dihidangkan kepada tetamu panas-panas. kalau suka boleh cicah dengan cili sos atau gula.

CUBALAH, BELUM RASA BELUM TAU

Wednesday, July 14, 2010

abc dan cendol lagi........

penjual cendol

cendol pulut

cendol campur dan ais krim

cendol dan ais krim

cendol jagung dan ais krim

keempat2 cendol yang kami order.
gambar ini dari arkib saya yang terperap lama
.
pulang dari menghantar danial ke polisas, kami pekena cendol di gerai menghala ke kuantan
musim tu cuaca panas, bukan main berseleranyalah kami.
gerai ni terletak lebih kurang 10 km dari bandar kuantan,
kalau teringin bolehlah ke sana.

Saturday, July 10, 2010

makin tua, makin kaya..... ya, ke?

google

Silver in the Hair

Gold in the Teeth.

Stones in the Kidneys

Sugar in the Blood.

Lead in the Feet.

Iron in the Arteries.

And an inexhaustible supply of Natural Gas.

We never thought we'd accumulate such wealth!!

mari kita fikir2kan- ehsan e mail dari sahabat saya

Saturday, July 3, 2010

tag





Assalamualaikum sahabat semua,

Terima kasih kepada kanda saya yang mengtag saya dalam entrinya. Inilah tag pertama yang saya terima dan jawab.

1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
bilalah saya dapat melawat semua entri sahabat

2. Apakah nama samaran anda ?
nama samaran masa sekolah2 dulu adalah sekarang ni dah tak de…


3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
sama je rasululullah, mak, ayah dan keluarga.....
I love u…

4. Panggilan untuk si dia ?
panggilan paling sesuai untuk si dia ,“abang”

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
perkara yang asas saya dah ada, bagi saya apa yang di beri itulah yang istimewa.redha pada diri saya yang banyak kelemahan, cukuplah.

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
saya suka melawat semua blog sahabat tapi saya tak punya banyak masa, maklumlah bekerja dan pengurus rumah tangga.

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
15 orang ramai sangat, rakan pilihan saya ialah

arol
tq

amalan sebelum tidur

surah al ikhlas

solawat

istigfar


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :


Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


sahabat sekalian, entri ni saya ambil dari e mail yang saya terima dari rakan saya untuk renungan kita bersama

Wednesday, June 30, 2010

emping tumbuk

lesung kaki- google

emping- google

semasa dalam perjalanan pulang dari kuantan, kami singgah digerai menjual kuih muih. saya membeli sebungkus emping yang juga dijual disitu .

emping ni mengingatkan saya zaman kecil dulu , masa tu emak dan ayah saya menanam padi. setelah dituai sebahagian kecil di buat emping.

masa tu lesung kakilah yang digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan emping, prosesnya saya tak berapa ingat dah.

sampai di rumah, saya buat emping tumbuk. resepi ni dari emak saya dulu. saya menggunakan lesung batu yang baru saya beli. yang lama takut pedas pula rasanya.

emping ditumbuk hancur dan dicampur dengan kelapa muda dan gula kabung.mmm lepaslah hajat saya nak makan emping tumbuk ni.

Alhamdulillah



Wednesday, June 23, 2010

masak lemak kulat sisir

kulat sisir

baru-baru ni, untuk menghilangkan jemu, kami pergi berjalan-jalan ke pekan sehari jerantut. saya terjumpa kulat sisir dan membelinya. harganya boleh tahan, semangkuk plastik harganya rm5.00. tapi memandangkan ini antaran makanan 'favourite' kami beli jugalah. kalau zaman saya kecil dulu cari saja kat pokok-pokok yang tumbang dalam kebun getah. sekarang nilah semua benda perlu dibeli.

sampai di rumah saya masukkan dalam peti ais. keesokannya saya masaklah kulat tu. kulat ni perlu dibasuh dengan teliti sebab selalu saja ada kulit kayu dan ulat. saya tumbuk dulu sikit biar dia lembut kmdn saya masaklah.



masak lemak kulat sisir

sedap dimakan bersama sambal hitam dan ikan goreng

cubalah........