followers

Sunday, December 19, 2010

makan di gerai

google


pada malam sabtu yang lalu kami sekeluarga pusing-pusing ke mentakab. selepas itu kami singgah untuk minum di gerai sambil2 melayan danial yang balik bercuti.
dah puas bincang kat mana nak minum, akhirnya suamipun berhenti kat sebuah gerai berhampiran lhdn temerloh.
kamipun orderlah, abahnya order air kopi super best dan mee hoon goreng, saya nescafe o je, ummie air horlick dan mee hoon goreng, danial mee goreng dan air teh tarik sementara danish pula order sup ekor dan air horlick.
kami pun menikmati hidangan sambil borak-borak. dah siap makan, suamipun panggil waiter kat situ untuk membuat pembayaran. semuanya rm29 encik.
berapa? dua kali suami bertanya. rm29.
rasa macam tak percaya makan macam tu je, harganya mahal betul. lepas di congak agak2nya untuk satu pinggan mee harganya lebih kurang rm5, dan air seringgit lebih.
lepas ni maaflah, takkan kami singgah lagi kat gerai tu.
janganlah cekik darah.

6 comments:

  1. marah nampak?
    halalkan ajelah. lain kali tak yah pegi dah... kim salam pada suami ya...

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    kesian ke Akhi Pie..
    he he...tak pe niat sedekah
    je lah..Allah balas berganda
    rezeki nanti..insyaallah..

    ReplyDelete
  3. salam Da..makcik pernah juga terkena macam da..serik..sekali tu je makan disitu..apa khabar..tentu da,ummi,pie,danial n danish sihat..w/p kita tak pernah bersua tapi makcik rasa keluarga da dekat dihati..kalau ada apa2 berita tentang pie jangan lupa berkongsi..

    ReplyDelete
  4. salam cik abang,

    yalah. nampak gayanya begitulah

    ReplyDelete
  5. salam zul,

    mintak2nya begitulah.
    hati2lah lain kali ya.

    ReplyDelete
  6. salam makcik dan pakcik,

    terima kasih makcik.
    semoga sihat sekeluarga. kami di sini, Alhamdulillah. esok kami akan ke hospital ampang lagi sebab ada appoinment. doakan yang terbaik.

    ReplyDelete