assalamualaikum.
dah lama benar saya tak update entri. rindu juga tapi dek kerana kesuntukan masa saya tak berkesempatan menulis entri baru.
petang ahad lalu, fadli dan isterinya datang ke rumah, tengok kat dapur tak ada kuih nak dihidang, jadi saya memikirkan resepi yang ringkas dan cepat siap.
jadi saya buatkan lah cekodok air panas ni.
cara membuatnya ialah,
masukkan suku kilo tepung ke dalam tempat mambancuh, kalau nak banyak boleh tambah lagi.
masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati. kalau suka boleh campur dengan bawang, lada dan ikan bilis. saya dan family suka yang kosong je.
masukkan air panas dan kacau sehingga sebati.
goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak sehingga garing.
dah siap.
bolehlah dihidangkan kepada tetamu panas-panas. kalau suka boleh cicah dengan cili sos atau gula.
CUBALAH, BELUM RASA BELUM TAU
CUBALAH, BELUM RASA BELUM TAU
tolong buat kejap da, abg lapo!
ReplyDeletetak berketul2 tepung tu ye da?
ReplyDeletesalam en hubby,
ReplyDeletedah habis sepinggan cekodok tu.
salam..
ReplyDeletepetua guna air paneh ni
kakak ipar saya pernah ajar..
tepungnya lembut dalam bila masak
tak gitu kak?he he
salam zie,
ReplyDeletetak. kena kacaulah. bila bancuh dengan air panas cekodok tu jadi ranggup. trylah. pie dan danial suka sangat makan cekodok ni.
mak mertua saya sellau buat cucur ni bila takde apa nak dihidangkan...simple ja tp sedap...namun saya buat sekali dua,betul2 ikur cara dia..sayangnya tak sesedap yg dia buat...:)
ReplyDeletesalam sis da, tak rajin pulok koi dgr cekodok cicoh gula..hehe..ketnya koi anok-beranok mmg suka cekodok...
ReplyDeletesalam zul,
ReplyDeleteiyalah zul gitulah dan bahagian luarnya ranggup.
cubalah.....
kalau abangnya memang dia suka.
salam kamsiah,
ReplyDeletetulah air tangan orang tua ni tak boleh lawan. nampak biasa je tapi bila makan terasa nikmatnya.
tapi agaknya bagi anak kita,yang kita masak tu lah yang sedap sekali.
hehe....
salam intan,
ReplyDeletesebenonya zaman akak kecik dulu mak selalu buat cekodok masin. bila tak ada benda nak dicicah, gula pun jadi. masa tu adik-beradik ramai. makan masa panas2 tu sedap bebeno.
cekodok ni akak belajo dari emak sedara dulu..