julai 1991, saya telah berpindah ke dalat, sarawak. kawasan ini didiami oleh suku kaum melanau, iban , melayu sarawak dan cina. pada ketika itu terdapat sebuah pekan kecil dengan beberapa deret rumah kedai kayu yang dipunyai oleh kaum cina di sini. sementara kaum-kaum lain tinggal berhampiran bandar dan kampung-kampung yang terdapat di sepanjang sungai. pekerjaan utama penduduk di sini ialah sebagai pembalak. terdapat banyak pokok sagu yang juga merupakan makanan yang digemari di sini. sekarang ni dengar ceritanya dalat dah makin membangun.
dalat terletak di bahagian sibu, sarawak.untuk sampai ke dalat dari bandar sibu saya perlu menaiki speed boat selama satu jam empat puluh lima minit atau kapal penumpang yang dipanggil, ekspress yang mengambil masa hampir tiga jam. ketika itu pengangkutan darat tidak berapa digunakan kerana yang ada hanya jalan tanah merah berbatu kasar. jadi terpaksalah penduduk di sini menggunakan pengangkutan air sepenuhnya.
pada mulanya agak sukar juga hendak membiasakan diri dengan adat dan budaya kaum di sini.bahasa yang digunakan tidak saya fahami kecualilah kalau dalam keadaan formal mereka menggunakan bahasa melayu. saya bekerja di kg tanam , dalat. majoriti penduduknya dari kaum melanau. menyewa pula di rumah di kampung balan yang jauhnya lebih kurang 6 kilometer dari tempat kerja.
pada masa itu tiada air paip. saya terpaksa mengharapkan air hujan , air perigi dan air sungai . bagi penduduk tetap di sini mereka telah biasa dengan "jamban" di sungai, mandi, membasuh kain dan mengangkut air dari sungai untuk kegunaan seharian. kat rumah sewa tu ada dua buah tangki besar untuk stok air. kalau mendengar guruh di langit, sukanya saya mengalahkan katak.
nanti saya sambung lagi.....
salam kak
ReplyDeletesampai ke Dalat Serawak nuh
merantau yek? apapun jauh berjalan
tambah pengalaman..jadi panduan
hari hadapan...
ikutsukakoi..jauhnya merantau..merasa pulak naik bot dan guna air hujan..
ReplyDeleteterasa lucu pulak...kalau dengar hari nak hujan tu..sukanya mengalahkan katak..he he..betul ke katak suka hujan????
salam puan da,
ReplyDeleteuihhh... jauhnya puan mrantau. bestnyer dapat mrase mcm2 pngalaman ya...:D
salam puan,
ReplyDeletemasa tu dah jumpa encik hero ke blum?.....hehehe
dalat.....sedap tol nama tu.......
salam da..seronok baca pengalaman da di serawak..rasanya masa tu masih muda lagilah ye..makcik tak pernah merasa bekerja jauh..dari mula kerja sampai kepencen diKB je..tak dapat merasa merantau dinegeri orang..tunggu cerita seterusnya..
ReplyDeletesalam ....jumpa hero ulu kumbang kat sana ke? selamat berkenalan da..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSeronok yer merantau ke tempat orang...
kazen sya ade sorg ngajar pedalaman Miri...
dgr citernye guna air ujan gak..
Sya mmg tabik kat cikgu2 yg mengajar di pedalaman..Sanggup berkorban demi mencurah ilmu..
Syabas!!
salam zul,
ReplyDeletememang betul tu. macam-macam kita boleh belajar dari pengalaman.
kak erna,
ReplyDeletememang betul, bila dengar je hari nak hujan, kalau tak penuh tangki dapat separuh pun cukuplah.bolehlah guna untuk seminggu dua. kalau tak kena membasuh di sungai, tak ke haru.
piewahid,
ReplyDeletenak kata best sangat tak juga, sebab banyak cabarannya tapi takpelah, demi agama, bangsa, negara dan ...
salam man,
ReplyDeletemasa tu baru je jumpa encik hero...
orang sana panggil dallas.
makcik dan pakcik,
ReplyDeleteya, masa tu muda lagi. kalau sekarang ni tak sanggup dah rasanya nak merantau gitu.
salam perkenalan cik manggis,
ReplyDeletejumpa encik hero dah lama dah. masa main pondok2 lagi.
cik shin~ju,
ReplyDeleteapa khabar ?
kalau ada kesempatan di masa mudalah bagus merantau.kalau dah umur macam kak da ni tak tak sesuai.
Assalaamu alaikum da..
ReplyDeletemahal pengalaman gitu..
waalaikumussalam zie,
ReplyDeletea.ah. tq jengok da ni.
Ooo..akak pernah ngajar di SK Balan dulu ek.. Saya warga asal Dalat gak tapi Kg Teh, Dalat.. Skg banyak sgt yg berubah kak...ada masa dtg lagi lah kak...ambik angin hehe... berapa tahun akak kat sini? Masih faham skit ke bahasa Melanau?
ReplyDeletesalam.sahran.maaf,pernah tak kenal ustaz zabidi??
ReplyDeleteooo....bekas ckgu srk kg tanam duhal....mengajar d kg tanam brapa lama..?
ReplyDeleteSalam memang seronok kat tempat orang. Kawan dulu kat situ juga ngajar kat smk dalat tahun 91 - 94. Ustaz zabidi or cikgu zabidi mungkin kawan kenal ngajar satu sekolah. Tak silap dia orang perak.
ReplyDeleteterlalu banyak perubahan cikgu. ..
ReplyDeleteterlalu banyak perubahan cikgu. ..
ReplyDelete