ice jagung dan mee sup
ice kacang merah
pada minggu lepas, saya menemani suami saya ke kedai telekom di mentakab. dah bertahun kami mohon stremyx tapi masih belum dapat-dapat lagi. kalau di biarkan begitu saja alamat bertahun lagilah kami perlu menunggu, sedangkan rumah yang berhampiran dah dapat perkhidmatan ni.
cuaca pulak tu sekarang ni panas benar, perit rasanya. dalam perjalanan pulang kami singgah di simpang batu tiga / taman seri semantan. kat situ ada gerai menjual cendol, ais campur, ais jagung dan bermacam-macam menu air yang mengancam.
kalau ikutkan saya tak boleh minum air yang berais ni tapi sesekali tak dapat juga nak tahan.kami order dua ais kacang dan order dua mee sup dari gerai yang bersebelahan. perut pun dah lapar, dari tempat kerja tadi tak makan tengahari lagi. mmmph bestnya.
perut dah kenyang, kamipun baliklah ke rumah. kalau nak cuba minuman tadi bolehlah ke gerai ni.
salam da..wow bestnya dapat minum abc n mee sup tu..nampak gaya petang ni kena pi cari abc n mee sup kat gerai dekat rumah ni..panas2 ni sedap juga kan..
ReplyDeleteManis ni..sedang elok dengan cuaca yang amat panas sekarang..
ReplyDeletesalam puan,
ReplyDeletebestnya ais jagung dgn mee sup tu. pesan pada suami puan, kalau dia ada diabetes, dia tak boleh makan ice jagung ni...
salam kak..
ReplyDeletesimpati pasal streamyx tu..
ice jagung..sedapnyaaa..
hu hu...
pakcik dan makcik,
ReplyDeletememang best pekena abc ni. kat sini cuaca memang panas makcik. malam2 pun berpeluh.
salam relevan.
ReplyDeleteya. kadang2 tak dapat tahan tengok minuman macam ni.
myhero,
ReplyDeletesaya dah banyak kali ingatkan dia, tapi dia degil. kalau saya makan dan minum dia nak juga. susah..susah...
salam zulkbo,
ReplyDeletenak buat camne, kome kena tunggu lagilah.
salam,
ReplyDeletenampak cam sedap je..saya ni mmg kalah dgn cendul ke abc ni...dulu suka minum kat restoran mamak jln zabidin mentakab tu,tapi skrg ni hampeh!!leh la try kat situ plak..kat belah ke tmn seri kemuning ke belah taman semantan ni??
salam..seleranya akak tengok ais kacang merah tu..mesti sedap..tapi jauhnya nak pi minum..
ReplyDeletemusim musim panas macam ni , molek benar minum ABC atau Ais Jagung
ReplyDeletesalam puan, simpang batu tiga / taman seri semantan menyimpan seribu kenangan..........
ReplyDeleteingat2 lupa, ketika berusia 5 tahun pernoh menolongi almarhum abah koi bejual tembikai di situ. Kurang bangunan, rumah2 lama, dikelilingi semak samun.......
26 tahun selepas itu........sedapnya makanan2 dijual kat bekas2 semak tu.
terima kasih kerana membangkitkan nostalgia koi.
sedap nyee.. ;)
ReplyDeletesalam kak, koi lbh suka cendol drp abc tp tak leh mkn sokmo...mbuh sakit gigi..
ReplyDelete:)
salam hai,
ReplyDeletetempat ni kat simpang ke jerantut tu ada bus stop. tepi bus stop tulah ada gerai ni.
kak erna,
ReplyDeleteais kacang merah tu sebenarnya kami minum kat east coast mall.restoran johny, kuantan.
endiem,
ReplyDeleteyalah, sejuk tekak.jangan sampai batuk dahlah.
en man,
ReplyDeletesama-sama. bolehlah cuba.
leEya,
ReplyDeletemailah, saya belanja.
intan,
ReplyDeletecendol kat round about kat bangunan mca ataupun kat depan klinik marzuki, (muslim) tu, boleh try.
salam kak
ReplyDeletekat tempat saya ni streamyx pun selalu
je ting tong.
ABC tu ya Allah sedapnya.
lagi2 panas gini
ABC tu mmg mengancam..
ReplyDeletesalam qaseh mas,
ReplyDeletebaru ni kami pegi lg kat kedai telekom tu, siap jumpa pegawai,susah betul.
memang sedap......
salam LanaBulu
ReplyDeletememang, panas-panas begini pulak.