followers

Friday, April 30, 2010

merantau ke dalat, sarawak 1.


gambar sebenar dari daerah dalat - google

julai 1991, saya telah berpindah ke dalat, sarawak. kawasan ini didiami oleh suku kaum melanau, iban , melayu sarawak dan cina. pada ketika itu terdapat sebuah pekan kecil dengan beberapa deret rumah kedai kayu yang dipunyai oleh kaum cina di sini. sementara kaum-kaum lain tinggal berhampiran bandar dan kampung-kampung yang terdapat di sepanjang sungai. pekerjaan utama penduduk di sini ialah sebagai pembalak. terdapat banyak pokok sagu yang juga merupakan makanan yang digemari di sini. sekarang ni dengar ceritanya dalat dah makin membangun.

dalat terletak di bahagian sibu, sarawak.untuk sampai ke dalat dari bandar sibu saya perlu menaiki speed boat selama satu jam empat puluh lima minit atau kapal penumpang yang dipanggil, ekspress yang mengambil masa hampir tiga jam. ketika itu pengangkutan darat tidak berapa digunakan kerana yang ada hanya jalan tanah merah berbatu kasar. jadi terpaksalah penduduk di sini menggunakan pengangkutan air sepenuhnya.

pada mulanya agak sukar juga hendak membiasakan diri dengan adat dan budaya kaum di sini.bahasa yang digunakan tidak saya fahami kecualilah kalau dalam keadaan formal mereka menggunakan bahasa melayu. saya bekerja di kg tanam , dalat. majoriti penduduknya dari kaum melanau. menyewa pula di rumah di kampung balan yang jauhnya lebih kurang 6 kilometer dari tempat kerja.

pada masa itu tiada air paip. saya terpaksa mengharapkan air hujan , air perigi dan air sungai . bagi penduduk tetap di sini mereka telah biasa dengan "jamban" di sungai, mandi, membasuh kain dan mengangkut air dari sungai untuk kegunaan seharian. kat rumah sewa tu ada dua buah tangki besar untuk stok air. kalau mendengar guruh di langit, sukanya saya mengalahkan katak.

nanti saya sambung lagi.....

Friday, April 23, 2010

jangan....


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

saya petik dr e -mail yang saya terima dari sahabat. moga menjadi panduan kita semua.

Tuesday, April 13, 2010

jemput minum.....




ice jagung, mmmph sedapnya, cuaca panas, tekak pun kering.

ice jagung dan mee sup

ice kacang merah


pada minggu lepas, saya menemani suami saya ke kedai telekom di mentakab. dah bertahun kami mohon stremyx tapi masih belum dapat-dapat lagi. kalau di biarkan begitu saja alamat bertahun lagilah kami perlu menunggu, sedangkan rumah yang berhampiran dah dapat perkhidmatan ni.

cuaca pulak tu sekarang ni panas benar, perit rasanya. dalam perjalanan pulang kami singgah di simpang batu tiga / taman seri semantan. kat situ ada gerai menjual cendol, ais campur, ais jagung dan bermacam-macam menu air yang mengancam.

kalau ikutkan saya tak boleh minum air yang berais ni tapi sesekali tak dapat juga nak tahan.kami order dua ais kacang dan order dua mee sup dari gerai yang bersebelahan. perut pun dah lapar, dari tempat kerja tadi tak makan tengahari lagi. mmmph bestnya.

perut dah kenyang, kamipun baliklah ke rumah. kalau nak cuba minuman tadi bolehlah ke gerai ni.

Sunday, April 11, 2010

ipar duai...

duduk kiri depan: azan (suami zila), abang sani, (suami kak ani) dan abang sofi (suami kak teh)
duduk kiri belakang: piewahid (hero ulu kumbang @ jejaka pemalu) dan abang 'eng' (suami kak mie)
kanak2 yang melindungi sebahagian muka azan tu cucu sulung abg 'eng'

kali ni saya paparkan pula gambar2 ipar saya semasa kami berkumpul di rumah kak ani baru2 ini. isteri ayahcik (lie) tidak kelihatan dalam gambar. maklumlah dia perempuan, segan nak bergambar dengan jejaka2 hensem ni...

Thursday, April 8, 2010

kenduri di rumah kak ani

dari kiri belakang, saya, teh, kak ani dan kak mie
depan, lie dan cik' a

baru-baru ada kenduri doa selamat di rumah kakak saya yang kedua iaitu kak ani. alhamdulillah sesekali dapat juga kami sekeluarga berkumpul di rumah beliau. sayangnya danial tak dapat turut serta kerana dia di PLKN.

jangan tak tau, cik abang (hero ulu kumbang) jadi imam dan bawak yaasin serta tahlil...

Friday, April 2, 2010

happy birthday danial

happy birthday

danial

selamat ulang tahun untuk danial pada 1 April. tapi kali ni danial sambut hari lahir di kem. danial sedang menghadiri latihan di PLKN muadzam shah. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, menjadi insan soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.