followers
Saturday, February 27, 2010
rumah pusaka ayahanda dan bonda
Wednesday, February 24, 2010
kejamnya kau lipan
baru2 ni, tiba-tiba sahaja saya dapati kaki kanan saya bengkak. makin sehari semakin merah merening. terasa panas dan pedih mencucuk-cucuk. sambil2 bawa anak saya danial ke poliklinik mentakab, saya jumpa doktor. doktor cakap kaki saya terkena jangkitan kuman akibat diketip lipan.
peliknya saya tak pernah pula rasa sakit diketip lipan cuma ada tanda kesan gigitan. saya diberi anti biotik. alhamdulillah sekarang kaki saya dah semakin sembuh. rupa2nya bahaya juga bila dah berumur ni kalau kita anggap ringan apabila disengat binatang2 bisa.
Saturday, February 20, 2010
ikan (ghiyu) riyu sungai pahang
Wednesday, February 17, 2010
roast meat from canada to bangau parit...
ini pro yang masak
cik abang saya ada seorg sahabat lama yang sekarang menetap di toronto yang bernama zie. akhirnya zie turut menjadi sahabat kami sekeluarga.
baru2 ini zie ada hantar emel resipi roast meat kepada cik abang sebab cik abang dengan muka tak malu mintak resipi tersebut setelah membaca 1 entry di blog beliau. sempena cuti tahun baru cina ni saya berkesempatan mencubanya. hasil dah tentu lah tak sama dengan zie yang dah biasa memasaknya tetapi ok lah bagi saya yang baru mencuba. sedap juga dan sesuai untuk tukar2 selera. secara peribadi saya rasa ianya sesuai dimakan panas2.
berikut saya paste kan resipi kalau2 kawan pun nak mencuba:
roast meat
bahan2
1 kg meat (lamb or beef, cut into medium pieces)
1 full tablespoon mashed garlic
1 full teaspoon mashed ginger
1 tablespoon olive oil (tak de olive oil koi guna minyak masak je @ kdg2 tak bubuh pun)
1 full teaspoon garam
1/2 (half) teaspoon freshly ground black pepper
2 tablespoon lime juice
3 green chilies (kalau nak pedas, belah/potongkan lada2 ni)
2 medium potatoes ( cut into thick round slices)
2 medium tomatoes (each cut into 4 pieces)
2 medium onions (ach cut into 4 pieces)
1/2 (half) medium yellow capsicum (cut into long strips)
1/2 (half) medium red capsicum (cut into long strips)
1 full tablespoon chopped coriander leaves
1 full tablespoon chopped parsley leaves
method
1. mix the meat with the garlic, ginger, olive oil, lime juice, salt and black pepper.
2. leave to marinate for 1 hour.
3. add the potatoes, onions, tomatoes and chilies to the meat and place in an oven dish.
4. tightly cover with aluminium foil and cook in an oven preheated to 200 deg celcius for 1 hour.
5. remove the aluminium foil. add the capsicum, coriander and parsley leaves and return to the oven, uncovered, to cook for another 10-15 minutes.
TQ & jazakallah khoier... kepada zie
Friday, February 12, 2010
ikan tilapia bakar..
lepas tu bakar lah dalam kuali tebal yang saya lupa namanya ni.. kuali ni saya beli masa saya masih bujang lagi. warna hitamnya tu, warna asli... hehehe..
kalau kawan-kawan jemu makan ikan tilapia goreng berkunyit atau masak gulai masam tempoyak, apa kata sesekali bakar je ikan tu. baru2 ni cik abang merengek nak makan ikan tilapia bakar. memasak dia memang tak mboh, makan aje yang dia mau. nak tak nak kena layan jugak lah. dia kata, pahala... saya tanya balik, abang tak mau pahala ke tolong da. dia jawab, da lah buat, dapat pahala lebih...mmm ngelat lah tu!
biasanya memang begitu lah kami bila jemu makan ikan yang dimasak cara yang sama. lagipun menu begini bagus utk kurangkan kolestrol. caranya mudah aje.. jgn bakar guna arang, nanti macam2 pulak kena buat. lambat pulak tu. masukkan aje ikan tilapia yang dibungkus dengan daun kunyit ke dalam aluminium foil, kemudian bakar dalam kuali tebal tu, (ala... saya lupa lah pulak namanya). lebih kurang 1/2 jam, masaklah ikan tu.
cicahnya pula, campurkan aje kicap dengan lada, bawang dan perahan limau nipis. kalau rajin, macam2 jenis cicah lagi boleh buat. asam jawa pun ok tapi mesti pedas sikit. apa lagi, baca doa makan dan ngap la..
jemput makan..!
al fatihah untuk allahyarham ayahanda & bonda tercinta...
sekarang saya anak yatim piatu. sesiapa yang nak bayar zakat, boleh lah kasi kat saya, ehehehehe....
Thursday, February 11, 2010
relax skejap
saya petik kisah ini dari e-mail yang dikirim teman saya, murni.
kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?"."
Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bodoh sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Tuesday, February 9, 2010
temerloh dulu2..
pekan sehari dulu2
jambatan besi ketika pembinaan. semasa darjah 1 saya ke sekolah menggunakan jambatan ini untuk ke sekolah. lori lalu, bergoyang2 la jwbnya.
feri temerloh (sebelum jambatan besi) ketika saya kecik2 dulu
saya terjumpa gambar ini di dalam sebuah blog salah seorang blogger dari pahang kelompen). kerana gambar2 ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi, saya copy dan post kembali di dalam blog saya sbagai kenangan. terima kasih encik kelompen.
sumber: http://kelompen377.blogspot.com/
Sunday, February 7, 2010
jom gi kuantan
tengok lah tu, tegak badan dia memandu. abah dia ambil kesempatan tidur bila ada co pilot baru ni.. dia kata: "ah, dia lah bawak, aku dah melabur.."
PAKAI TALIPINGGANG KELEDAR YA...
Wednesday, February 3, 2010
ini bukan kerbau koi.......
jln ni bukannya sibuk tetapi kena berhati-hati sebab org kg tak pakai undang2. kdg2 ikut suka hati je naik motor. ada masanya bdk2 baru tahun 4 dah menunggang motorsikal. pelik mak ayah boleh lepaskan anak2 gitu aje. kalau terjadi kmlgn tak ke menangis nanti.
satu lagi halangannya ialah kerbau yang ada kat jalan ni. saya kena bagi laluan kat kerbau2 ni.. tepi jalan jadi tempat haiwan ni lepak. kdg2 badan ditepi tapi kepalanya terjulur ke jln. manalah tuan2 kerbau ni. kenapalah dibiarkan ternakan mereka berkeliaran merata-rata. kalau kena langgar pasti mereka marah, tp mereka terus membiarkan haiwan ni begitu saja. semuanya ada tuan tu.
satu lagi, kena pandai mengelak dari terlanggar bahan buangan kerbau ni, kalau terlanggar,naya. seharianlah kereta berbau.
agaknya bilalah keadaan ni akan berubah. bukan kerbau yang salah tapi tuan2 kerbau tu yg tak bertanggungjawab.
sabar je lah