followers

Sunday, December 19, 2010

makan di gerai

google


pada malam sabtu yang lalu kami sekeluarga pusing-pusing ke mentakab. selepas itu kami singgah untuk minum di gerai sambil2 melayan danial yang balik bercuti.
dah puas bincang kat mana nak minum, akhirnya suamipun berhenti kat sebuah gerai berhampiran lhdn temerloh.
kamipun orderlah, abahnya order air kopi super best dan mee hoon goreng, saya nescafe o je, ummie air horlick dan mee hoon goreng, danial mee goreng dan air teh tarik sementara danish pula order sup ekor dan air horlick.
kami pun menikmati hidangan sambil borak-borak. dah siap makan, suamipun panggil waiter kat situ untuk membuat pembayaran. semuanya rm29 encik.
berapa? dua kali suami bertanya. rm29.
rasa macam tak percaya makan macam tu je, harganya mahal betul. lepas di congak agak2nya untuk satu pinggan mee harganya lebih kurang rm5, dan air seringgit lebih.
lepas ni maaflah, takkan kami singgah lagi kat gerai tu.
janganlah cekik darah.

Sunday, December 5, 2010

induksi

pada 1 hingga 15 november 2010, saya telah menghadiri kursus di hotel seri malaysia, rompin.

> semasa di dewan kuliah


ahli kumpulan dengan hamper yang dimenangi.



persembahan dari kumpulan 11 dan 12.


para peserta bersiap untuk acara persembahan.


ini semasa majlis makan malam sempena dengan kedatangan pengarah pelajaran pahang.


antara ahli kumpulan saya semasa kursus tersebut.





































Wednesday, December 1, 2010

didik dapat baby

didik tua ( umurnya dah lebih kurang 16 tahun )

danish dan baby didik

baby didik

baby didik

masih keliru dengan persekitaran baru

didik tua dan didik muda juga tak keruan menerima baby didik
pada awal november 2010, kami telah membeli seekor anak angsa baru. harganya rm50.
sebenarnya kami kasihan melihat didik betina yang selalu bertelur dan mengeram tetapi tak pernah menjadi anak atau menetas.
dengan harapan didik betina bolehlah menerima baby didik ni sebagai anak angkatnya. tapi sebaliknya berlaku. didik jantan pula yang seronok menjaga baby didik dan didik betina tak hiraupun akan kehadiran baby didik.