followers
Thursday, July 29, 2010
Tuesday, July 27, 2010
cekodok air panas
assalamualaikum.
dah lama benar saya tak update entri. rindu juga tapi dek kerana kesuntukan masa saya tak berkesempatan menulis entri baru.
petang ahad lalu, fadli dan isterinya datang ke rumah, tengok kat dapur tak ada kuih nak dihidang, jadi saya memikirkan resepi yang ringkas dan cepat siap.
jadi saya buatkan lah cekodok air panas ni.
cara membuatnya ialah,
masukkan suku kilo tepung ke dalam tempat mambancuh, kalau nak banyak boleh tambah lagi.
masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati. kalau suka boleh campur dengan bawang, lada dan ikan bilis. saya dan family suka yang kosong je.
masukkan air panas dan kacau sehingga sebati.
goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak sehingga garing.
dah siap.
bolehlah dihidangkan kepada tetamu panas-panas. kalau suka boleh cicah dengan cili sos atau gula.
CUBALAH, BELUM RASA BELUM TAU
CUBALAH, BELUM RASA BELUM TAU
Wednesday, July 14, 2010
abc dan cendol lagi........
penjual cendol
cendol pulut
cendol campur dan ais krim
cendol dan ais krim
cendol jagung dan ais krim
gambar ini dari arkib saya yang terperap lama
.
pulang dari menghantar danial ke polisas, kami pekena cendol di gerai menghala ke kuantan
musim tu cuaca panas, bukan main berseleranyalah kami.
gerai ni terletak lebih kurang 10 km dari bandar kuantan,
kalau teringin bolehlah ke sana.
Saturday, July 10, 2010
Saturday, July 3, 2010
tag
Assalamualaikum sahabat semua,
Terima kasih kepada kanda saya yang mengtag saya dalam entrinya. Inilah tag pertama yang saya terima dan jawab.
1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini ?
bilalah saya dapat melawat semua entri sahabat
2. Apakah nama samaran anda ?
nama samaran masa sekolah2 dulu adalah sekarang ni dah tak de…
3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
sama je rasululullah, mak, ayah dan keluarga.....
I love u…
4. Panggilan untuk si dia ?
panggilan paling sesuai untuk si dia ,“abang”
5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
perkara yang asas saya dah ada, bagi saya apa yang di beri itulah yang istimewa.redha pada diri saya yang banyak kelemahan, cukuplah.
6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
saya suka melawat semua blog sahabat tapi saya tak punya banyak masa, maklumlah bekerja dan pengurus rumah tangga.
7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
15 orang ramai sangat, rakan pilihan saya ialah
arol
tq
amalan sebelum tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
sahabat sekalian, entri ni saya ambil dari e mail yang saya terima dari rakan saya untuk renungan kita bersama
Subscribe to:
Posts (Atom)