followers

Saturday, January 30, 2010

pekan sehari tempat koi


bila disebut pekan sehari tentunya semua orang biasa benar mendengarnya. pekan sehari di tempat saya lain dari biasa. dari dulu sehingga skrg ramai pengunjung yang datang ke pekan sehari ni, ia merupakan tempat pertemuan masyarakat kat sini.

pekan sehari ini diadakan pada hari ahad. kebetulan hari tu hari cuti maka ramailah yang datang sama ada membeli belah, menjamu mata, menjamu selera atau menjual barangan yang dibawa dari seluruh pelusuk kampung sekitar sini.
masa saya kecil dulu merasalah saya pengalaman menjual penyapu lidi sambil menemankan wan saya yang berniaga di sini. seronok sangatlah masa tu . pagi-pagi lagi bersiap dan kmdn menunggu bot di jeti untuk menyeberang sungai pahang. pekan sehari ni terletak berdekatan dengan tempat persinggahan bot. pekan sehari ni dari simpang masjid sehinggalah ke padang bola, sekarang stadium, kalau nak kira kilometer adalah lebih kurang satu setengah kilometer.

inilah harinya untuk cari ikan-ikan sungai yang susah nak jumpa di pasar biasa, sayur-sayur, pucuk-pucuk ulam, orang jual ubat, kain baju , barangan dapur atau menjual hasil tani dan sebagainya. sebab tu masa dulu mak saya mesti pergi ke pekan sehari untuk membeli makanan untuk kegunaan kami sekeluarga selama seminggu.

yalah itu dulu, sekarang saya nak pergi pun tak larat. orang ramai berasak-asak, nak parking kereta bukan mainlah payahnya, kalau dapat parking jauh, letihlah berjalan kaki. sekarang ni kalau ada keperluan sangat barulah saya pergi. zaman dah berubah tapi pekan sehari ini masih mendapat kunjungan ramai.

2 comments:

  1. salam. mak cik suka juga pergi pekan sehari dulu2 beli barang2 dapur utk seminggu. sekarang ni jarang2 pergi dah tak larat. kalau pergi kerana nak cari ulam2 kampung,spt pucuk jenerih, rebung muda, jering , cili api kampung yg enak dimakan bersama budu.

    ReplyDelete
  2. salam,
    kalau di temerloh ni budu tu kami panggil pede. budu ini favourite kami sekeluarga.

    ReplyDelete