followers

Thursday, January 28, 2010

Kampung koi


Saya tinggal kat kg bngau parit. Kampung ni terletak di seberang bandar Temerloh. Kalau nak ke sini boleh naik kereta atau naik bot tambang. Kalau naik kereta kenalah lalu ikut jmbtn Temerloh. Masa ni dah ramai yang naik kereta berbanding masa dulu. Bot merupakan pengangkutan utama kami. Rasanya dah banyak tahun dah saya tak naik bot ni.

Pda masa dulu kebanyakan kami bersekolah di sk bandar temerloh. Terpaksalah naik bot tiap-tiap hari atau berjalan kaki ikut jmbtan besi sebelum siapnya jmbtn skrg ni. Sblm adanya jmbtn ni, kami kena naik feri utk menyeberang sungai pahang. Ingat jglah lagi walaupun masa tu saya blm sekolah lg.

Bagaimana dpt nama ni ya. Yg saya tahu, masa dulu parit dibina disekeliling kampung ni utk tujuan keselamatan dan terdapat banyak burung bangau mencari makan dalam parit tu. Jadi org tua2 namakannya kg bangau parit.

Penduduk kat sini kebanyakannya menoreh getah, kerja sendiri dan ada juga yang kerja kerajaan. Generasi baru ramai yang berhijrh ke tempat lain tapi ada juga yang kembali semula duduk di kampung.
Saya suka duduk kat kg sbb tulah agaknya rezeki saya buat rumah dan menetap kat sini.

5 comments:

  1. salm ziarah rodong kite semua.. abeli lama jugak dok temerloh.. dari tahun 1995-2007.. kerja kat sana.. skarang ni balik kg..di jerantut...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.nice blog.tentu seronok duduk temerloh dapat makan ikan sungai yg terkenal spt.jelawat,patin dll.
    kakak pakcik berbesankan orang temerloh last year. orang temerloh baik2 ya.

    ReplyDelete
  3. abeli,
    sesekali bolehlah menjengok temerloh ni. dah makin byk berubah.

    piewahid,
    ya ke? saya ni bukan kenal orang sangat, maklumlah byk duk kat umah aje.

    mohddanmeriam,
    thank you. emputlah ke sini boleh makan gulai masam ikan patin,

    ReplyDelete
  4. Kome pulok lahir kat Bangau Tanjung.Dulu kome sokmo naik bot kat Tanjung kalau nok pergi ke bandor Temerloh sebab Jambatan Sungai Semantan takder lagi mase ter.

    ReplyDelete