followers

Thursday, December 8, 2011

Kenangan di kilang kicap

dari kiri, aminah, rozana, rashidah, siti hajar, herlina, noraini, salimah, mariani dan noriah

kali ini saya nak share gambar semasa belajar dulu. diambil di depan rumah sewa yang terletak berhampiran kilang kicap. setiap hari kami terpaksa menghidu aroma kicap dari kilang tersebut.

sekarang, semuanya dah membawa haluan masing-masing dan menjadi ibu-ibu.
tapi kami masih tidak putus hubungan dan kerap berhubung melalui facebook.
dalam kenangan

Wednesday, November 30, 2011

kenangan di sekolah rendah

 tahun 1978 semasa di darjah 5


gambar ni saya copy dari facebook kawan saya. dah lama benar gambar ni. masa ni saya dalam darjah lima.

ada yang saya ingat dan ada yang saya dah lupa nama kawan2 sekelas. masa ni saya bersekolah di sekolah kebangsaan bandar temerloh. sekarang sekolah ni dah jauh berubah.

cuba teka saya yang mana satu.......

Tuesday, October 11, 2011

mentakab railway station

keretapi tanah melayu



stesyen keretapi mentakab



tanda nama tempat




ramai penumpang menaiki keretapi


assalamualaikum


di sini saya ingin berkongsi gambar yang saya ambil semasa berkunjung ke stesyen keretapi mentakab baru-baru ini.


masih ramai yang menggunakan perkhidmatan keretapi ini.

















Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.






Berikut adalah amalan-amalan baik yang perlu kita hayati dan turuti sepanjang Ramadhan ini.Semoga amalan-amalan ini dapat kita lakukan bersama… Insya-Allah.
1. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadan.
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadan.
4. Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir surah al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan solat Tarawih 20 rakaat.
6. Bertadarus secara beramai-ramai.
7. Solat jemaah setiap waktu.
8. Solat berjemaah di masjid atau surau.
9. Amalkan qiamullail walaupun sekejap.
10. Sahur pada akhir waktu (Mesti tidur dulu, kalau tak bukan sahur namanya)
11. Untuk mengelak makanan tidak hadam ketika bersahur, elak mengambil makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12. Mandi janabat sebelum imsak.
13. Kurangkan tidur.
14. Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh.)
15. Tunaikan solat Dhuha.
16. Tidur waktu cuti (sejam sebelum Zuhur).
17. Tunaikan solat sunat Rawatib.
18. Jaga pancaindera.
19. Elak mengosok gigi pada waktu petang.
20. Selalu hadir majlis ilmu.
21. Buat baik kepada ibu bapa.
22. Isteri hendaklah taat kepada suami.
23. Banyak bersedekah.
24. Berbuka dengan tiga biji kurma dan air mineral.
25. Berbuka bersama orang tua.
26. Jemput tetamu berbuka.
27. Kurangkan berat badan.
28. Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca. al-Quran, solat dan berzikir di masjid.
29. Perbaiki hubungan suami isteri.
30. Perbaiki hubungan dengan jiran.
31. Isteri elak keluar rumah memakai mekap dan perhiasan.
32. Elak berbelanja berlebihan.
33. Tingkatkan kesabaran.
34. Banyak berselawat, istighfar dan bertasbih.
35. Berazam untuk beramal pada malam Lailatul Qadar.
36. Mengejutkan isteri dan anak pada malam Lailatul Qadar.
37. Elak menonton televisyen yang mengandungi bahan yang boleh menaikkan nafsu.
38. Elak mendengar radio berunsur hiburan.
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40. Jauhkan perbuatan bercumbu dengan suami atau isteri.
41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia.
42. Melazimkan solat waktu.
43. Elak bersiar-siar sebelum berbuka sehingga boleh mengurangkan pahala berpuasa.
44. Elak banyak berhutang.
45. Merasa sedih meninggalkan Ramadan kerana bimbang tidak bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
46. Tunaikan Zakat Fitrah. (Wajib dilakukan)
Insyallah…. Semoga kita semua mendapat pahala yang berganda-ganda di bulan Ramdhan kali ini…
Salam Ramadhan..


Friday, June 3, 2011

MAKMUR GUEST HOUSE TEMERLOH

Porch



Ruang tamu 1


Ruang utiliti


Bilik 3

Bilik 2

Bilik 1


3 in 1


Assalamualaikum wrh wbk.


selamat bertemu kembali. dah lama benar saya menghilang diri.


semoga semuanya sehat sejahtera dan mendapat rahmat Allah.


kali ini saya nak paparkan guest house kami yang baru beroperasi.


kalau kawan2 ke Temerloh bolehlah menjadi tamu kami.


Rumah tamu ini adalah rumah teres 3 bilik lengkap berhawa dingin dan sesuai untuk kemudahan seisi keluarga.


Sangat sesuai bagi yang berurusan di sekitar Temerloh dan Mentakab juga untuk urusan pertunangan atau majlis perkahwinan.


untuk maklumat lanjut sila lawati blog kami,




Monday, February 14, 2011

tudung

dah lama benar tak menulis di sini. rindu rasanya.
akhirnya saya telah berjaya menjahit tudung sendiri. saya tak suka pakai tudung yang dibeli dikedai kerana kainnya melekat dan menampakkan bentuk badan.
jadi
saya beli tudung turki dan menjahit awning ( bahagian keras kat depan tudung tu) sendiri.
hasilnya tudung nampak kemas dan senang dipakai.
siapa2 nak tempah bolehlah ya..he...