biarpun dah ketinggalan tapi saya nak share gambar yang saya ambil pada 7 dan 8 hb lepas, semasa saya ke cameron highland. perjalanan dari temerloh melalui kuala lumpur kemudian masuk ke highway menuju ke tapah.
sekarang ni kalau ikut jalan dari felda sungai koyan lebih singkat masanya tapi jalan tu belum dibuka sepenuhnya lagi .
perjalanan saja mengambil masa 5 ke 6 jam. kami singgah di lata iskandar dan kemudian melawat ke beberapa tempat seperti taman rama-rama, taman lebah, pasar malam dan taman cactus.
kami singgah di hot spring dalam perjalanan pulang.
malam ahad sampai di rumah keletihan.