followers

Sunday, January 31, 2010

feri lama temerloh...


sebelum adanya jambatan temerloh, feri memainkan peranan yang sangat penting menghubungkan antara kuantan-kuala lumpur dan kepada penduduk sekitar. baru2 ni saya ada terjumpa gambar lama feri temerloh yang saya gunakan masa kecil2 dulu. sumbernya saya dah lupa, maaf la ya...

Saturday, January 30, 2010

pekan sehari tempat koi


bila disebut pekan sehari tentunya semua orang biasa benar mendengarnya. pekan sehari di tempat saya lain dari biasa. dari dulu sehingga skrg ramai pengunjung yang datang ke pekan sehari ni, ia merupakan tempat pertemuan masyarakat kat sini.

pekan sehari ini diadakan pada hari ahad. kebetulan hari tu hari cuti maka ramailah yang datang sama ada membeli belah, menjamu mata, menjamu selera atau menjual barangan yang dibawa dari seluruh pelusuk kampung sekitar sini.
masa saya kecil dulu merasalah saya pengalaman menjual penyapu lidi sambil menemankan wan saya yang berniaga di sini. seronok sangatlah masa tu . pagi-pagi lagi bersiap dan kmdn menunggu bot di jeti untuk menyeberang sungai pahang. pekan sehari ni terletak berdekatan dengan tempat persinggahan bot. pekan sehari ni dari simpang masjid sehinggalah ke padang bola, sekarang stadium, kalau nak kira kilometer adalah lebih kurang satu setengah kilometer.

inilah harinya untuk cari ikan-ikan sungai yang susah nak jumpa di pasar biasa, sayur-sayur, pucuk-pucuk ulam, orang jual ubat, kain baju , barangan dapur atau menjual hasil tani dan sebagainya. sebab tu masa dulu mak saya mesti pergi ke pekan sehari untuk membeli makanan untuk kegunaan kami sekeluarga selama seminggu.

yalah itu dulu, sekarang saya nak pergi pun tak larat. orang ramai berasak-asak, nak parking kereta bukan mainlah payahnya, kalau dapat parking jauh, letihlah berjalan kaki. sekarang ni kalau ada keperluan sangat barulah saya pergi. zaman dah berubah tapi pekan sehari ini masih mendapat kunjungan ramai.

Thursday, January 28, 2010

Kampung koi


Saya tinggal kat kg bngau parit. Kampung ni terletak di seberang bandar Temerloh. Kalau nak ke sini boleh naik kereta atau naik bot tambang. Kalau naik kereta kenalah lalu ikut jmbtn Temerloh. Masa ni dah ramai yang naik kereta berbanding masa dulu. Bot merupakan pengangkutan utama kami. Rasanya dah banyak tahun dah saya tak naik bot ni.

Pda masa dulu kebanyakan kami bersekolah di sk bandar temerloh. Terpaksalah naik bot tiap-tiap hari atau berjalan kaki ikut jmbtan besi sebelum siapnya jmbtn skrg ni. Sblm adanya jmbtn ni, kami kena naik feri utk menyeberang sungai pahang. Ingat jglah lagi walaupun masa tu saya blm sekolah lg.

Bagaimana dpt nama ni ya. Yg saya tahu, masa dulu parit dibina disekeliling kampung ni utk tujuan keselamatan dan terdapat banyak burung bangau mencari makan dalam parit tu. Jadi org tua2 namakannya kg bangau parit.

Penduduk kat sini kebanyakannya menoreh getah, kerja sendiri dan ada juga yang kerja kerajaan. Generasi baru ramai yang berhijrh ke tempat lain tapi ada juga yang kembali semula duduk di kampung.
Saya suka duduk kat kg sbb tulah agaknya rezeki saya buat rumah dan menetap kat sini.

Monday, January 25, 2010

testing......


setelah hampir 42 tahun, haa... jgn tak tau, hari ni saya nk mula belajor buat blog. itu pun sbb cik abg beria sangat berblog, lama2 minat la pulak nk try...