followers

Sunday, May 30, 2010

bukit gambang water park


seronoknya main ombak

gambar yang saya ambil

cerita ni cerita lama tetapi saya selalu teringatkannya. jadi, saya nak kongsi jugalah dengan kawan-kawan.
lebih kurang sebulan yang lalu, saya dan family pergi berjalan ke bukit gambang water park, kuantan, pahang.

inilah kali pertama saya pergi ke sini walaupun dah lama tempat ini dibuka. pergi pun sebab nak melayan anak-anak yang nak merasa main air.
masa tu ramai orang yang sama-sama main air, maklumlah cuti 1 mei. ok jugalah tempat tu untuk orang-orang muda...

alang-alang dah sampai, sayapun tak melepaskan peluang untuk bermain air, kat kg mana ada. sesekali datang, rugi pula kalau tak mencuba. saya perlu naik tangga untuk bermain gelongsor air. hai, tinggi juga. termengah-mengah dibuatnya nak sampai ke tempat permulaan gelongsor tu.
dahlah menaiki tangga, kena bawa pelampung pula.


sebaik aje turun dari gelongsor air tu, ada sekumpulan remaja yang menegur saya, sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.
"ok ke makcik?
saya pun jawablah
"ok...!"

bila begitu barulah saya perasan, rupa-rupanya dah tua benar saya untuk semua ni. nak tergelakpun ada, malupun ada...

Friday, May 28, 2010

ketahuilah.......



google


Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu,maka
DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka
Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Tuesday, May 18, 2010

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup

google

Panggilan pertama adalah Azan
Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas
terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat,
sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel,
Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan
tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia
masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik
umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan
membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Terbayang saya masih melambatkan
solat . Masya Allah.......

google

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan
panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" . Hamba yang satu
mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.
Yang tidak mempunyai wang mendapat rezeki, yang tidak merancang pula akan
pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat
Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/
Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab,
meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah
bagi yang mampu".


Dan panggilan ke-3, adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita
jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda
tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan
gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu,
manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan
hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah
balasannya... ...."

------------------------------------------------

pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'
entri ini saya copy dari e mail rakan saya dan saya edit sikit2 untuk kita kongsi bersama.

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru


sebagai mengenang jasa guru ingin juga saya menghantar entri tentang hari guru ni. maklumlah tanpa guru yang mengajar saya dulu tak taulah di mana saya ketika ini.


sempena hari guru ini saya terima banyak msg mengenai hari guru ni,jadi saya nak share dengan rakan2 msg yang saya terima,


msg yg pertama

"yg menghafaz itu guru sejarah, yg guna teori dan fakta guru sains, yg cakap berbunga itu guru sastera, tratur ayatnya guru bm, byk kira dan formula guru math, gelap kulit guru pj, sopan orgnya guru sivik, warak orgnya guru agama, pelik orgnya guru pen seni, power ckpnya gurubesar, x pernah marah guru kaunseling, hebat bhsnya guru etems, byk tuisyen guru bi, byk claim guru sbt, byk sabar guru pemulihan, byk urut dada dan sapu minyak angin guru pen.khas,walau siapapun anda , selamat hari guru."

sms ke 2
"tahniah kpd semua guru yang serba boleh, dialah guru, kerani, akauntan, jururawat, jurutera, tkg kebun, komposer lagu, penulis lirik, pemuzik, driver, pelakon reater, drama, penyanyi, tkg anto barang, tkg ambil brg, jurugegas, tkg masak, posmen, tkg jahit, tkg fikir, tkg gunting, juru kamera, detektif, motivator, dan macam2 lagi, isy2 byknya keje cikgu! he3! selamat hari guru.

sms ke 3
"kerja ikut masa adlh kita, disuruh ksana kesini adlh kita, disuruh buat itu ini jg kita, antar ke ceruk rantau jg kita. bila murid x dapat baca yg pening jg kita. bila murid berjaya kita dipuja, bila murid x berjaya mcm ada yg tak kena pd kita. apa2pun kita".

selamat hari guru.


inilah antara msg2 yang saya terima, fikir2kan lah sendiri..........

Monday, May 10, 2010

merantau ke dalat 3 dan terakhir.

kaum melanau

speed boat di sibu

iswara aeroback

banjir di dalat

Cuti tiga hari , jumaat,sabtu dan ahad begitu menyeronokkan. Bolehlah bermalas-malas tiga hari tu.


saya nak sambung semula cerita tentang dalat di bahagian ke tiga dan terakhir. sekurang-kurangnya ia dapat mengimbau kenangan di sana dan menjadi rujukan anak-anak.

Tidak tahan dengan kerenah tuan rumah yang balik bercuti ke rumah yang kami sewa, kami selalu berjalan ke sibu. tak lama selepas itu kamipun berpindah ke rumah sewa baru, di bawah surau di kampung hilir dalat, berdekatan dengan pekan dalat. Imam kampung merangkap tuan rumah kami ialah pakcik idris.

Pada akhir bulan march, saya kembali ke kampung untuk bersalin anak pertama. Saya ambil cuti tanpa gaji selama sebulan kerana kalau dah sampai bulan tak boleh naik kapal terbang . Itupun saya perlu mendapatkan surat doktor yang menyatakan kandungan saya baru 8 bulan. Pada 1 april saya selamat melahirkan danial di kampung. Masa tu mak dan abah sihat lagi. merekalah yang menjaga saya semasa berpantang.

Cukup 30 hari saya pun kembali semula ke dalat, kali ni dengan membawa "baby". Kami membesarkan danial di dalat. Semasa saya kerja, danial tinggal bersama 'neneknya’, pakcik mahli dan isterinya yang dah biasa menjaga anak guru semenanjung. Mereka ni menjaga danial macam cucu sendiri. kami banyak terhutang budi pada pakcik dan makcik.

Sebab itulah masa kecil, danial boleh menggunakan berbahasa melanau dan agak lambat belajar bahasa melayu. Agaknya dia keliru dengan bahasa melanau dan melayu.

Kawan-kawan baik kami di sini ialah guru2 yang sama-sama merantau . Masing2 tak ada saudara mara jadi kalau cuti kami berkumpul dan merancang aktiviti bersama. ( ustazah jaedah dan Abu Hanifah, yati dan raof, ani dan yusof dan ramai lagi )

Pernah pada satu tahun, rumah sewa kami dilanda banjir. Air naik sampai ke paras pinggang. Puaslah mengangkat barang2 ke atas surau. mujurlah pada masa itu barang tak banyak lagi.


Setahun sekali kami dapat tiket balik ke semenanjung. seronoklah sesekali balik dan melihat perubahan di tempat sendiri. tapi yang sedihnya masa hujung cuti sebab perlu berangkat kembali ke dalat.

Akhirnya, dapatlah kami membeli sebuah kereta iswara aeroback. Dapatlah berjalan ke bandar sibu walaupun masa tu terpaksa ikut jalan ladang. Di sini belanja besar, barang makanan mahal, sewa hotel lagi kalau keluar ke sibu. Bukan boleh pergi dan balik pada hari yang sama. Semasa di sana sempatlah kami berjalan ke kuching dan ke bintulu.

Akhirnya suami mendapat surat tukar ke semenanjung. Saya pula kena merayu ke damansara barulah dapat bertukar ke sini. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami mengharungi suka duka merantau ke tempat orang.


pulang ke semenanjung


bilalah agaknya kami akan berkesempatan melawat dalat . sebenarnya terlalu banyak pengalaman manis di sana.


Thursday, May 6, 2010

merantau ke dalat 2


pokok rumbia

sagu sarawak


batang pokok rumbia


menjawab soalan kawan2 dari entri lepas, saya dah kenal encik hero zaman sekolah lagi dan kenal rapat dengan ikatan perkahwinan dua bulan sebelum berpindah ke dalat.

pertama kali mengenali orang tempatan kat sini bagai kejutan budaya bila mengetahui nama mereka. scolastika, paulina. elizabeth, roseline, patrick, angelina, mary, joseph, anna, macam duduk di negara orang putih pulak, tapi bila tengok orangnya semua muka asia.

makanan kat sini susah sikit. orang sini makan sagu, inud, umai, ulat mulong, buah dabai, makanan rebus2. pernah sekali tu seorang pelajar mempelawa saya makan. cikgu nak,”nyaman cikgu”, katanya.( nyaman tu maksudnya sedap ) bila saya tengok rupanya sejenis ulat yang terdapat pada pokok rumbia.

mula-mula saya tak suka makan umai, rasa macam makan ikan mentah tapi bila dah lama duduk sini dan selalu mencuba akhirnya ia menjadi makanan kegemaran saya.

nak cari ikan segar kena pergi ke pekan mukah yang jauhnya lebih kurang 30 minit naik motorsikal. Yalah masa tu muda lagi dan nak beli kereta tak mampu . ayam dan daging beli yang dalam kotak ajelah, ( yang telah disejuk beku )

umai yang dimakan dengan sagu

inud yang dibuat dari tepung ubi

nanti saya sambung lagi.......